Saturday, 3 January 2015

Khabar Pahang: Wujudkan stok makanan di pusat-pusat ... - Blog Makanan di Pahang

Khabar <b>Pahang</b>: Wujudkan stok <b>makanan di</b> pusat-pusat <b>...</b> - Blog Makanan di Pahang


Khabar <b>Pahang</b>: Wujudkan stok <b>makanan di</b> pusat-pusat <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2014 08:29 AM PST

… daripada amalan biasa cuma untuk 3 hari

"Jadi, tidak perlu kita berulang-ulang menghantar bekalan (makanan). Ini akan membantu meringankan beban bekalan yang diperlukan," kata Timbalan Perdana Menteri.

SATU POSE UNTUK JURUFOTO-JURUFOTO KITA... Tan Sri Muhyiddin sedang berikan satu pose untuk memenuhi permintaan para jurufoto, sebelum memulakan majlis taklimat banjir di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 7, Blok B, Wisma Sri Pahang. 

Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, Tan Sri Ali (kiri sekali) dan Dato' Sri Muhammad Safian; yang turut kelihatan ialah ahli Exco Kerajaan Negeri Dato' Shafik Fauzan Sharif; dan, Pegawai Kewangan Negeri (S-FinO), Dato' Zulki-fly Osman. 

STADIUM TERTUTUP SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Tempoh bagi stok makanan yang dibekalkan ke pusat-pusat pemindahan banjir kini akan ditingkatkan daripada cuma tiga (3) hari kepada antara lima (5) dan tujuh (7) hari.

Ini merupakan satu daripada tiga (3) langkah ke arah memperbaiki lagi pengurusan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dan kerja-kerja pemindahan mereka, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini telahpun diputuskan dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan melaksanakan. Sebagaimana juga di Kelantan, stok yang kita akan sampaikan ke tempat-tempat ini adalah lebih besar.

"Biasa kalau, tiga (3) hari, saya telah arahkan (dinaikkan kepada) mungkin lima (5) hari atau tujuh (7) hari. Jadi, tidak perlu kita berulang-ulang menghantar bekalan. Ini akan membantu meringankan beban bekalan yang diperlukan," kata Tan Sri Muhyiddin.

Beliau berkata demikian kepada wartawan yang menemuinya selepas melawat ke pusat pemindahan mangsa banjir di sini – yang terbesar bagi daerah Kuantan dengan 2,139 orang; pada petang Jumaat, 26 Disember.

MENJENGAH DAN MENANYA KHABAR... Sambil Tan Sri Muhyiddin menanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir ini, Dato' Sri DiRaja Adnan pula kelihatan, sedang mengambil anak kecil ini daripada ibunya, untuk beliau dukung. 

'Gesture' sebeginilah, sungguhpun kelihatan remeh, dapat sekurang-kurangnya mengubat segala kedukaan yang dialami dalam menghadapi bencana banjir ini.    

CABARAN MEMBEKAL AIR BERSIH

Sebelum itu, beliau yang tiba dari Kota Bharu, Kelantan, telah menunaikan Solat Jumaat disusuli Solat Hajat di Masjid Al-Makmur dalam kawasan Pangkalan TUDM Kuantan, sebelum ke Wisma Sri Pahang dekat sini, untuk mengikuti taklimat banjir.

Selain Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob; yang turut mengiringi dalam lawatan separuh harinya ke sini ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail.

Dua (2) langkah lain sepertimana turut disebut oleh Tan Sri Muhyiddin ialah mengenai kemestian penyediaan bekalan air bersih di pusat-pusat pemindahan, serta kaedah lebih berkesan dalam penggunaan asset-aset tertentu bagi kerja-kerja pemindahan mangas-mangsa banjir.

Mengenai bekalan air bersih katanya; "Yang ini, di semua tempat yang saya melawat, baik di Kelantan ataupun di sini; isu ini timbul terutama di pusat-pusat di mana bekalan elektrik terputus dan sistem bekalan air bersih tak dapat digunakan, tak dapat bekalan air paip macam di sinilah.

"Jadi, ini memerlukan kita menyediakan bekalan air dalam bentuk kontena yang besar, yang bersih, diedarkan. Inipun sudah dikeluarkan arahan (agar) perkara itu dilaksanakan,"katanya lagi.

ALANGKAH BERTUAHNYA ANAK KECIL INI... Selepas didukung seketika oleh Dato' Sri DiRaja Adnan, anak kecil ini kini dalam pangkuan Tan Sri Muhyiddin pula dan kelihatan selamba dan selesa dengan segala tumpuan yang diberikan.  

MENTERI BESAR BOLEH BUAT KEPUTUSAN TENTANG KEPERLUAN ASET TAMBAHAN

Berhubung dengan aset-aset pula katanya, keadaan di Pahang ini tidaklah membimbangkan kerana segala keperluan aset yang telahpun sedia ada di negeri ini dalam menghadapi apa juga kemungkinan.

"Tapi, kalau (ada) keperluan untuk ditambah lagi, saya telah beritahu, tolong maklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Menteri Besar boleh buat keputusan supaya bentuk aset sama ada daripada segi darat, air ataupun udara itu, dapat dibekalkan.

"Seperti (jika aset seperti) helikopter yang perlu ditambah, terutama untuk sampai ke tempat-tempat yang sukar untuk kita hubungi dengan jalanraya," beliau menambah kata.

Tan Sri Muhyiddin juga berkata betapa kejadian banjir yang melanda Pahang setakat ini, tidaklah sebesar yang berlaku tahun lepas namun persiapan-persiapan ke arah menghadapi banjir yang lebih besar selepas ini, mestilah terus dilakukan.

Sementelah pula terkini katanya, ada laporan yang diterimanya tentang paras air di sungai-sungai utama di negeri ini seperti Sungai Pahang, yang sudahpun mencecah mahupun melepasi paras bahaya.  

YANG KELAINAN UPAYA, TURUT MENDAPAT PERHATIAN PARA PEMIMPIN KITA... 

PEKAN AKAN TERJEJAS AGAK LEBIH TERUK SIKIT

Dan sehingga kini menurutnya, daerah-daerah terlibat selain Kuantan ialah Lipis, Maran dan Jerantut, dengan yang terakhir ialah daerah Pekan yang sudahpun berlaku banjir dan melibatkan pemindahan mangsa-mangsanya.

"Daripada laporan yang telah diberitahu kepada saya oleh Pengarah dan juga JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), tempoh 62 jam daripada tarikh mula berlaku banjir ini, Pekan akan terjejas dengan keadaan yang agak lebih teruk sikit," katanya.

Secara keseluruhan, beliau menyatakan kepuasan hatinya dengan segala persiapan dan tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri termasuk dalam memberikan kemudahan yang diperlukan di pusat-pusat pemindahan.

"Walaupun kita tak dapat melayan orang kata secara yang terbaik yang diharapkan dalam keadaan yang sukar dan orang kata darurat seperti ini; saya yakin, mereka berpuas hati.

"Tadipun saya bertanya – macam mana soal makanan? Mereka (kata) puas hati. Soal penjagaan kesihatan bayi, ada doktor yang disediakan. Kesemuanya ini boleh membantu meringankan beban mereka yang menjadi mangsa kepada banjir," katanya.

TURUT TINJAU KEBERSIHAN DAN MENU MAKANAN... 

KEADAAN DI PAHANG TERKAWAL

"Dan saya ucapkan terima kasih kerana keadaan di Pahang agak terkawal," katanya lagi dan menambah, "Tapi, langkah-langklah untuk berjaga menghadapi kemungkinan banjir lebih besar itu telahpun kita ambil dan kita harap ini boleh menyelamatkan banyak nyawalah daripada terkorban".

Kepada soalan wartawan mengenai kemungkinan tarikh mula persekolahan tahun depan (2015) dilewatkan daripada tarikh asal, Isnin, 5 Januari katanya, ia akan tertakluk kepada keadaan apatah pula jika sekolah berkenaan masih digunakan sebagai pusat pemindahan.

"Seperti tahun-tahun lalu, mungkin boleh dilambatkan kerana sekolah itu digunakan sebagai pusat pemindahan. Itu tidak jadi masalah. 'Standard Operating Procedure' tentang persekolahan telah sedia ada. Jadi pegawai pendidikan di peringkat daerah dan negeri semua tahu, guru besarpun tahu, jadi tidak jadi masalah.

"Apapun, pengumuman tertentu itu akan dikeluarkan di peringkat negeri oleh Pengarah Negeri, tentang keadaan sekolah dan mula persekolahan dan sebagainya; ikut keadaan yang berlaku di kawasan-kawasan tertentulah," katanya. 

TEMUI MEDIA... Tan Sri Muhyiddin yang diiringi Dato' Sri DiRaja Adnan serta Dato' Sri Muhammad Safian; sedang menemui dan melayani soalan-soalan wartawan yang membuat liputan lawatan separuh harinya ke Kuantan. – Khabar    

Banjir <b>di Pahang</b> memburuk, DAP negeri seru bantuan orang ramai <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2014 02:29 AM PST

27 Disember 2014

DAP_Pahang

MENTAKAB, 27 DIS: Jumlah mangsa banjir di Pahang yang kini berjumlah 35,561 orang daripada 9,077 keluarga, kini dijangkakan meningkat kepada 40,000 orang dalam masa terdekat kata, ADUN Mentakab yang juga Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

"Keadaan banjir di Mentakab semakin teruk dan bekalan barangan keperluan dan makanan belum mencukupi.

"Bot juga amat diperlukan untuk membawa bekalan kepada penduduk yang terputus hubungan disebabkan air naik," kenyataan Tengku Zulpuri dipetik.

Pimpinan DAP Kebangsaan dan negeri telah memulakan operasi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan Mentakab dan Temerloh sejak 24 Disember lalu.

Antaranya, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook yang turut turun padang, selain menyampaikan sumbangan peribadinya iaitu sebanyak 100 kampit beras dan barangan keperluan yang lain.

Hadir sama menghulur bantuan termasuk pemimpin DAP Pahang antaranya ADUN Bilut, Chow Yu Hui dan ADUN Ketari, Lee Chin Chen.

Melihat betapa serius keadaan banjir kali ini, Loke bagi pihak DAP Pusat memperuntukkan RM10,000 daripada Tabung Bencana Banjir serta-merta kepada Pusat Khidmat ADUN Mentakab untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Beliau juga Ahli Parlimen Seremban kini berusaha mendapatkan khemah-khemah untuk diedarkan kepada pusat-pusat pemindahan agar keluarga yang dipindahkan mendapat keselesaan di pusat pemindahan.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAPSY Teo Kok Seong berharap kerajaan sedaya upaya membantu mangsa banjir, selaim menyeru rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dan keprihatinan kepada saudara seMalaysia kita yang terlibat dengan bencana ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung bencana DAP bagi membantu mangsa di negeri-negeri yang dilanda banjir digalakkan untuk menderma kepada ke 'Tabung Dana Kecemasan' melalui akaun Ambank 8881002244649. – Roketkini.com

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 1,200 penyakit berjangkit dikesan <b>di Pahang</b> dalam tempoh <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2014 03:06 AM PST

image_from_url

KUANTAN – Sebanyak 1,220 kes penyakit berjangkit telah dikesan daripada 4,073 mangsa banjir yang menjalani pemeriksaan kesihatan di Pahang dalam tempoh enam hari sehingga semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Dr. Zainal Ariffin Omar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, daripada jumlah itu hanya 28 kes penyakit berjangkit yang tersenarai di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, ia membabitkan 27 kes keracunan makanan dan satu kes demam denggi manakala selebihnya melibatkan penyakit berjangkit ringan seperti penyakit kulit dan mata.

Menurutnya, terdapat dua kejadian keracunan makanan dilaporkan di dua buah pusat pemindahan banjir di Pahang iaitu di pusat pemindahan banjir Wisma Belia di sini yang dikesan berlaku pada 25 Disember ini melibatkan 14 orang yang disyaki berpunca daripada makan bubur nasi yang disumbangkan oleh orang perseorangan.

Manakala kejadian kedua berlaku di pusat pemindahan banjir Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) yang melibatkan 13 kes yang disyaki berpunca daripada meminum air yang juga disumbang oleh orang perseorangan. – Bernama

Comments

comments

Blogger - Blog <b>Makanan Pahang</b>

Posted: 29 Oct 2014 01:45 PM PDT

Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan.

"Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv.

"Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv.

"Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!"

"Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas.

"Okey Syani. Insyallah, bye!"

"Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya.

"Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku.

"Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal!

"Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan.

"Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya.

"Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata.

"Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya!

"Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim.

"So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta.

"You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas.

"Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya.

"Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu!

"Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya.

"Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga.

"Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak.

Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik!

"You  boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi.

"I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang.

Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu.

"Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis.

"Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan.

"I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung.

"Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya!

"Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta.

"Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati.

"Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale.

"Taklah, siapa cakap?"

"Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali.

"Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya.

"Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu.

"So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku.

"Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya.

"It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal.

"Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa."

"Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga.

"Come," serunya dan aku menurut.

Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina.

"I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat.

"I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai.

Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan!

"Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi.

"Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui.

"Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah!

"Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi.

"Really?" Dia teruja.

"Yes, of course!"

"I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya.

"Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas.

"Good girl! Okay, let's eat!"

"Okey, jom!"

"Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama.

"This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi.

"I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas.

Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina.  Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas.

Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu.

Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan!

"Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula.

"I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan.

"I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh!

"Okey teruskan," gumamnya lagi.

"I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba.

"Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir.

"Yes, balik kampung I!" tawarku lagi.

"Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi.

"Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya.

"Actually, I cuma mahu....

Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan.

"Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya.

"Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara  yang mustahak saja.

"Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung.

"Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka.

"Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung.

"Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai.

"Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan.

Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih.

"Why? Anything happend?" soalnya serius.

"Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa.

"Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah!

"I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar.

"Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku.

"Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali.

"You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku.

"Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati.

"Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju.

"Tolong apa?"

"Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu."

"Jadi boyfriend you? Berapa lama?"

"Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti."

"Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju.

"Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi.

"Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik.

"Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!"

"Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor.

"Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira.

"Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara.

"Hanan!"

"Maksudnya?"

"Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama.

"Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja.

"Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman.

Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya.

kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya.

ahn3914@gmail.com

pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan  bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :)

Makanan pelik di - Blog Makanan Pahang - Blog Makanan di Pahang

<b>Makanan pelik di</b> - Blog Makanan <b>Pahang</b> - Blog Makanan di Pahang


<b>Makanan pelik di</b> - Blog Makanan <b>Pahang</b>

Posted: 07 Dec 2014 01:07 PM PST


Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi.

Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia.


Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks.

Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan.

Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga.


Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital.

Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya.


Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka.

Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua badan, empat tangan, dan enam kaki. Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak.


Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun.

Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub

Pssttt......
Kaum cina di China memang kejam dan zalim, di Malaysia macam mana pulak?

<b>Makanan</b> yang <b>Pelik</b> dan Menarik <b>di</b> Kuantan, <b>Pahang</b>

Posted: 05 Dec 2014 11:34 AM PST

<b>Makanan</b> yang <b>Pelik</b> dan Menarik <b>di</b> Kuantan, <b>Pahang</b> - Eeqa

Posted: 29 Nov 2014 08:00 PM PST

Setiap Insan Mencari Kebahagiaan Dalam Hidup Ini. Jangan Jadikan Kekurangan Diri Sebagai Penghalang Untuk Anda Bahagia. Eeqa Pengedar Shaklee Terbesar di Kajang dan Bangi