SENARAI HARGA <b>MAKANAN DI</b> CAFE KLIA 2 <b>...</b> - Aku Anak <b>Pahang</b> - Blog Makanan di Pahang |
- SENARAI HARGA <b>MAKANAN DI</b> CAFE KLIA 2 <b>...</b> - Aku Anak <b>Pahang</b>
- Val-de-ri-Val-de-ra: KL-Perak-<b>Pahang</b> - Blog <b>Makanan di</b> Perak
- <b>Makanan</b> tradisional <b>di</b> saba... - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger
SENARAI HARGA <b>MAKANAN DI</b> CAFE KLIA 2 <b>...</b> - Aku Anak <b>Pahang</b> Posted: 15 May 2014 04:55 AM PDT Walaupun KLIA2 Lapangan Terbang penerbangan pesawat tambang murah tetapi harga minuman dan makanan yang dijual dicafe sana tidak sewenang-wenangnya untuk anda nikmati. Penting lihatlah senarai harganya terlebih dahulu. Itu adalah senarai harga semasa mungkin bila dilaksanakan GST mulai April tahun hadapan sudah pasti harganya akan berubah. Sumber : Photo Cari.Com. AAP - Moralnya jangan sembarangan untuk menikmati makanan disana... alah memakan menang membayar. Mungkin satu kejutan bila orang kampung seperti kami berkunjung kesana. Jika disini harga roti canai sekitar 80sen hingga RM 1.00 sahaja. :) | ||||||||||||||
Val-de-ri-Val-de-ra: KL-Perak-<b>Pahang</b> - Blog <b>Makanan di</b> Perak Posted: 11 May 2014 01:49 AM PDT The first part of our travelling mission was from KL to Perak. We took the ETS train from KL Sentral to Batu Gajah, Perak. *Something new for us. Electronic train that need to be charged :D It took us about 2 hours and 15 minutes to reach our destination. Oh hey, let me introduce you my partner along this trip: Caroline. A Chinese girl from Sibu district, Sarawak. We are of the same class, undertaking the B. Ed TESL ;)
We stayed at our friend's house, Wawa during the visit to Perak. She is a Malay girl from Batu Gajah, Perak. Thanks for the great treatment and hospitality! ^___^ The next morning, we went to Cameron Highlands as early as possible since it was holiday, Deepavali celebration and thanks that we did not stuck anywhere.. Hehe Why I mentioned Pahang in the title as above? Cameron Highlands is in Pahang state aite aite. Haha
We also went to places like cactus garden *sound cliche aite.. haha and I bought few cactuses that is varied in colors. *Blame the stunning bright colours! Another thing that attracted me was the building around Cameron Highlands. They built it with traditional European look which gave the whole environment pretty much of European air too. Hahaha. I would love to be back again here, soon! ^__^ The last point before we leave the hill was a market *aisssshh i really forgot the nammmeee >< where they sell almost everything about Cameron Highlands. From tea to car accessories, and mostly was strawberry-based. Super cute u know! Hahahaha.. I managed to bring back teas in different flavour, fridge magnet and pickled strawberry as well. Thanks to our guide, and our driver as well Cik Wawa that accompanied us along the visit to Cameron Highlandsss.. :) THE END of the first part.
P/S: I am a Dusun girl from Menggatal, Sabah. And if you realise what I'm trying to convey here. Hehehe. One-Malaysia =D | ||||||||||||||
<b>Makanan</b> tradisional <b>di</b> saba... - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger Posted: 20 Apr 2014 03:37 AM PDT Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam. Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu. Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini. Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.
Seorang pengusaha, Maznah Abdul Rahim, 54, berkata, penyediaan sambal Pahang tidak rumit kecuali ketika memasak belimbing buluh yang memakan masa berjam-jam lamanya sehing�ga bertukar warna kepada coklat tua atau hitam. Secara asas, katanya, proses menghasilkan belimbing hitam itu mudah walaupun mengambil berjam-jam untuk mengeringkannya. Tampuk pada belimbing dibuang terlebih dulu dan dibasuh untuk membuang kotoran yang melekat jika ada. "Masukkan belimbing buluh ke dalam tin sehingga penuh bersama garam kasar dan masak dengan api sederhana sehingga belimbing menjadi kecut dan bertukar menjadi coklat kehitam-hitaman (anggaran satu tin biskut 800 gram, satu peket kecil garam kasar). "Tidak perlu menggunakan air semasa merebus kerana belimbing mengeluarkan airnya sendiri," katanya yang mewarisi resipi sambal hitam diperturunkan nenek moyangnya. Dia berkata, belimbing buluh itu dimasak menggunakan dapur kayu atau arang. Proses merebus belimbing mengambil masa antara tiga hingga enam jam bergantung kepada jumlah belimbing yang digunakan. "Dari segi kualiti belimbing, semakin lama direbus semakin lama ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya dan selamat dimakan kerana tiada bahan pengawet. "Ada juga remaja yang gemar melakukan aktiviti lasak menempahnya untuk dibawa sebagai bekalan makanan dan pembuka selera ketika melakukan aktiviti perkhemahan di pusat rekreasi di kampung ini," katanya. Bagi Wan Juhaida Wan Hassan, 33, pengusaha sambal Pahang kini boleh menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Sejak mengusahakan produk tradisional itu beberapa bulan lalu, permintaan untuk sambal hitam sentiasa meningkat terutama dalam kalangan mereka yang hendak mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan makan. "Saya tidak menang ta�ngan menghasilkan sambal ini, malah terpaksa menolak permintaan kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya mengikut waktu dijanjikan. "Saya memperoleh resipi ini daripada nenek yang diperturunkan kepada ibu (Masti Mohd Dawi, 62) dan menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kami sekeluarga," katanya yang turut menghasilkan pelbagai masakan tradisional di kampungnya, Kampung Kuala Atok, Raub. Wan Juhaida berkata, sejarah sambal Pahang di Raub bermula di Mukim Sega dibawa penduduk Lipis yang berhijrah ke daerah itu. "Menurut ibu, sambal ini asalnya hanya menggunakan belimbing, cili api dan ikan bilis saja tetapi dipelbagaikan dari semasa ke semasa, malah ada yang mencampurkan bawang merah, bawang putih dan ikan rebus. Dalam pada itu, Wan Juhaida berkata, tidak ramai yang mengetahui air rebusan belimbing enak dicicah dengan ikan bakar terutama ikan air tawar. "Tidak perlu bahan tambahan lain, cuma patahkan lada. Ia amat menyelerakan. Air rebusan belimbing juga boleh digunakan untuk membersihkan ikan air tawar bagi menghilangkan bau hanyir," katanya. Ramai generasi muda tidak mengetahui cara pe�nyediaan sambal hitam mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap masakan tradisi itu. "Malah ada yang tidak menyedari kewujudan sambal ini kecuali mereka yang menghadiri majlis kenduri-kendara, doa selamat dan hari raya kerana ia hidangan wajib di kebanyakan majlis berkenaan di kawasan Pahang barat," katanya. Wan Juhaida berkata, tidak perlu mencari resipi untuk mendapatkan sukatan bahan kerana ia mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sambal mengikut selera sendiri. Norhaida Md Kamarudin, 41, pula mempelajari masakan tradisi itu daripada orang lama sewaktu membantu kerja memasak di majlis kenduri. "Kami selalu bergotong-royong membuat sambal Pahang apabila ada majlis keramaian di kampung ini. Di situlah saya belajar cara memasaknya. "Rasa sambal hitam belimbing buluh ini memang terbaik kerana membuka selera dengan rasanya yang pedas dan masam, malah ia boleh dimakan begitu saja bersama nasi panas," �kata�nya yang menetap di Kampung Melayu Cheroh, Raub. Katanya, harga belimbing hitam yang siap direbus kini mencecah RM40 sekilogram dan sambal hitam siap berharga antara RM80 hingga RM100 sekilogram. "Ramai kenalan dan ahli keluarga yang menetap di luar Raub kerap meminta kami menyediakan sambal hitam dalam kuantiti yang besar untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing kerana ada permintaan daripada mereka yang sudah menikmati keenakan sambal Pahang ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08 |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment