Back To Nature: Taman Negara <b>Pahang</b> With Friends (Part 1) - Blog Makanan di Pahang |
Back To Nature: Taman Negara <b>Pahang</b> With Friends (Part 1) Posted: 02 Jun 2014 05:07 AM PDT Assalammualaikum!!! Hi semua, amacam rindu aku tak? Hahaha perasan sangat ada orang rindu kan padahal tak siapa pun kisah pasal aku ni kan. Lols. Ok la seminggu dua ni busy sikit, dengan kerja dan sakit, demam, batuk, seleseme sampai hilang suara (suara dah macam Cakra Khan dah seminggu). Harap-harap cepat la pulih seperti sedia kala, tak sabar dah nak menyumbangkan suara sendiri di pusat-pusat karaoke berhampiran. Ok mari aku cerita kisah #backtonature kali ini bersama beberapa orang kawan #travelholicawesome dan kengkawan lain. Kami ke Taman Negara Pahang! Al-kisah, bermula perancangan untuk menjejak Taman Negara Pahang selepas selesai program #backtonature di Hutan Simpan Royal Belum pada pertengahan April dulu. Idea asal adalah daripada Chawana, katanya teringin sangat nak pergi ke Taman Negara Pahang. Aku pulak memang dah menjadi cita-cita sejak zaman sekolah menengah lagi nak menjejak kaki ke Taman Negara Pahang ni. Terbayang-bayang dah naik sampan lalu bawah pokok-pokok macam kat Hutan Amazon, yang depa dok tunjuk dalam tv dan iklan-iklan Tourism Malaysia tu. So bincang punya bincang, akhirnya ada beberapa orang je yang sanggup nak join misi ke hutan ni memandangkan yang lain semua busy dengan keluarga memasing. Makanya pergilah kami bertujuh yakni aku, Na, Cawan, Aqilah, Kak Coco, MasMZ dan Pae. Pae pulak gigih drive dari JB ke Putrajaya seawal jam lima pagi DEMI nak menyertai misi ke hutan ni. Ha tengok, takde alasan tau. Pepagi buta hari kejadian tu jugak aku gigih bangun pukul lima pagi sebab nak masak nasik lemak. Entah mana datang gila tetiba teringin nak makan nasik lemak pulak tu kan, makanya pepagi tu masak la sambal tumis udang dan rebus telur (yang jadi separuh masak je) serta tanak nasik atas dapur kayu. Alhamdulillah nasik lemak Janggel berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam.
Seperti biasa, rumah aku jadi port tempat letak kereta-kereta semua sebab parking free dan berbumbung. Kak Coco datang ambik aku dan Pae pagi tu dan kami terus pecut menuju ke RnR Genting Sempah. Nasib baik tak ada kejadian sesat sampai ke Dengkil oleh Pae demi mencari rumah aku yang terletak di pelusok Putrajaya tu. Alhamdulillah. Maka, dalam pukul 10.30 pagi macam tu kami pun sampai di RnR Genting Sempah, berkompol dengan satu lagi kereta yakni kereta MasMZ yang ditumpang oleh Na, Cawan dan Aqilah. Kami singgah untuk breakfast, makan la nasik lemak dan kuih keria Mak Jah. Tak de la nak lepak lama-lama kat situ memandangkan perjalanan masih jauh.
Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 1.30 tengahari. Fuh panas weh masa tu, terus tuju ke kedai Madi. Siapa pulak Madi ni? Madi ni adalah pemandu pelancong yang kami dah appoint awal-awal dari KL dan jugak merupakan kawan kepada MasMZ. So senang la, semua arrangement kat Kuala Tahan ni telah diuruskan oleh Madi. Kami singgah dulu kat kedai Madi dan makan tengah hari. Lepas makan kami di bawa balik ke Chalet dan check in.
Best jugak chalet ni, murah je. Kami ambik 2 dorm di mana satu dorm ada lima katil. Yang paling best chalet ni ada wifi! Hahahaha lega. Rasa cerah sangat dunia bila tau berita ni. Eh lupa nak bagitau, nama chalet tempat kami sewa untuk 3 hari 2 malam ni adalah Mahseer Chalet, Kuala Tahan. Untuk info lanjut mengenai Mahseer Chalet boleh rujuq di FB mereka di SINI. Cari kat TripAdvisor pun ada. Harga untuk satu malam penginapan di dorm yang kami sewa adalah RM 15 saja. Murah nak mampus kan? Dah la bilik ada AC!!! Red Mahseer Chalet (8 Units) Red Mahseer Room with AC (4 Units) Red Mahseer Hostel Contact Person: Mr. Nasiron Emel: mahseerchalet@gmail.com Contact Info: 0193832633 / 092662563
Kami diminta berkumpul di jeti Kuala Tahan petang tu jam 3.00. Jarak antara jeti Kuala Tahan dengan Mahseer Chalet ni tak jauh, jalan kaki dalam 10 minit saja dah sampai. Tapi kena la gigih turun dan panjat tangga. Sepanjang tebing Sungai Tahan dan Sungai Tembeling tu ada banyak restoran terapung, so tak payah nak risau pasal makan.
Kami di bawa menyelusuri Sungai Tembeling! Punyalah eksaited nak mampus naik bot tu sambil tengok pemandangan sekeliling. Memula tu ingat kami ni dah masuk la dalam Taman Negara, rupanya ada kat sipi-sipi Taman Negara je, belum masuk betul-betul lagi! Hahaha lawak sungguh, belum masuk dah eksaited, tak tau la kalau dah masuk nanti macamana.
Sepanjang tebing Sungai Tembeling tu ada banyak perkampungan Orang Asli. Sebenarnya boleh je kalau nak singgah kat mana-mana perkampungan Orang Asli kat situ dan menderma, tapi memandangkan misi Orang Asli kami dah buat kat Hutan Belum dulu, maka misi kat Taman Negara ni kami fokus pada mandi sungai je hehehe.
Lama jugak lepak-lepak mandi sungai kat situ. Sungai Tembeling tu kat tepi-tepi je cetek, bila kat tengah sikit terus menjunam dalam. Scary la jugak, nasib baik terer buat kuak lentang. Aqilah pulak, memula tu bukan main tak nak masuk sungai, takut ada buaya katanya... tapi bila dah masuk terus taknak keluar pulak. hehehe. Ada la satu kejadian tu, sebelum kami semua turun bot nak ke tebing sungai, tetiba bot bergegar dan ada bunyi benda jatuh dalam sungai! PANIKKKK!!! Adakah gempa bumi berlaku???? Rupa-rupanya Pae jatuh dalam sungai! Hikhikhik cemana tu? Kisahnya Pae tanya kat abang drebar bot, dalam ke sungai tu? Abang drebar bot tu pun kata cetek je tak dalam. Dengan kompidennye Pae pun melangkah la keluar dari bot tanpa perlu lalu ikut depan bot... hah ambek ko, hulur kaki je terus tak jejak tanah! Cetek katanya apa lagi, gedebush la buat kuak lentang dalam sungai tepi bot tu... nasib baik tak dengan beg kemera bagai. ops sorry Pae, tercerita pulak.
Kami pun lepak minum-minum petang dalam kebasahan, tak dan nak tukar baju terus cari makan ni. Petang tu kami balik semula ke chalet (terkinja-kinja sebnarnya sebab nak kejar wifi heheh). Sebelah malam tak ada aktiviti, kami hanya lepak kat chalet sebab penat. Kononnya nak buat aktiviti night safari, tapi sebab penat sangat seharian berjalan, maka kami tangguhkan dulu aktiviti night safari ke malam esok. So malam tu, Madi bawak kami keluar makan di satu food court tak jauh dari jeti. Katanya kat situ lagi murah dan ok kualiti makanannya. Aku ikut je la dah orang nak bawak kan. Lepas makan, kami balik semula ke chalet dan berehat. Ada jugak yang cuba nak ambik gambo bintang, entah jadi ke idak entah...tak nampak pun hasilnya. hahahaha. Ok nanti aku sambung kisah di hari kedua pulak. ...bersambung. WASSALAM. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment