Wednesday, 25 June 2014

Day 1 : Percutian di Residence Inn Cherating, Kuantan, Pahang ... - Blog Makanan di Pahang

Day 1 : Percutian <b>di</b> Residence Inn Cherating, Kuantan, <b>Pahang</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pahang


Day 1 : Percutian <b>di</b> Residence Inn Cherating, Kuantan, <b>Pahang</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2014 10:54 AM PDT

Baru sekarang amy berkesempatan untuk berkongsi serba sedikit berkenaan percutian amy ke Cherating baru-baru ini.  Percutian ni fully sponsored. amy hanya perlu basuh kaki je, sampai je dekat Residence Inn Cherating, kami dijamukan dengan hidangan makan tengahari. Not bad la, ok la kan walaupun lambat sampai tapi pihak hotel masih boleh bertolak ansur dengan kami dan membenarkan kami menikmati juadah makanan tenghari di sana.

Tak banyak gambar yang sempat di rakam ketika percutian kali ini, al maklum la amy sibuk dengan Umar, Umar pulak masa tu asyik meragam je. Dia nak berkepit dengan amy je 24hours, langsung tak nak orang lain dukung or jaga dia. Menangis sungguh-sungguh si Umar kalau amy hilang dari pandangan mata dia. Suami amy tak ikut disebabkan ada urusan kerja, so pergi la kami ke sana beriang-ria menikmati percutian bersama-sama family amy.


Posing dulu sebelum bertolak ke Cherating

I love you my son

Ehem-ehem....geram je tengok kolam tu ye
Sesi  water confident 


Let's swimming <3

Berikut merupakan gambar di sekitar majlis jamuan makan malam, makanan dia memang tip top, sedap! Seafood bakar dia semua fresh!  Sayangnya tak ada gambar makanan yang dapat dikongsikan. My bad :(

Gara-gara kelam kabut dengan si Umar, amy terlupa di mana tempat letak stokin yang satu set dengan baju melayu moden umar, baju melayu moden ni khas amy design untuk umar. Baju melayu moden ni tak ada poket, seluar pendek dan lengan baju amy buat lengan 3 suku. Baju melayu moden ni sesuai dipakai oleh baby or kanak-kanak yang aktif dan material kain dia sangat best dan sejuk.

Amy buat satu set dengan jubah tutu dress amy ni yang mana ianya nursing friendly, sesuai untuk ibu-ibu yang breastfeeding baby. Oh ye, baju ni juga amy design supaya senang untuk ambil wuduk. Ada zip di kedua-dua lengan baju.

Si umar ni, perut dah kenyang tapi still meragam, kemungkinan dia mengantuk dan kepenatan agaknya. 

Hiasan dinding dalam bilik hotel
Riang ria sebelum tidur keletihan

Tadi kan si Umar meragam masa jamuan makan malam tu, tapi bila bawa masuk bilik, bukan main aktif lagi dia, tengok tu, geram nak gigit2x sayang je. Manja sangat sayang ummi ni. Disebabkan Umar suka bangun bermain tengah malam sebelum ni, jadi amy bawa tikar dan toto dari rumah siap-siap.

Sebab normally katil hotel agak tinggi, amy risau kalau umar terjatuh dari katil, ye la, umar ni kalau bangun malam untuk bermain, dia bangun senyap-senyap je. Sedar-sedar dah dengar suara dia gelak-gelak.

Untuk aktiviti keesokkan harinya, i

nsyaallah amy akan update pada next entry di mana lebih banyak gambar dan info berkenaan Residence Inn Cherating akan amy kongsikan sepanjang 2 hari 1 malam amy berada di sana.

No comments:

Post a Comment