Saturday, 5 July 2014

AnCasa Royale : Hotel Pertama di Pekan Pahang Bertaraf 4 Bintang ... - Blog Makanan di Pahang

AnCasa Royale : Hotel Pertama <b>di</b> Pekan <b>Pahang</b> Bertaraf 4 Bintang <b>...</b> - Blog Makanan di Pahang


AnCasa Royale : Hotel Pertama <b>di</b> Pekan <b>Pahang</b> Bertaraf 4 Bintang <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2014 08:23 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping kleluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai hotel yang pertama di Pekan yang bertaraf 4 bintang iaitu AnCasa Royale.

Untuk makluman semua, hotel ini baru sahaja memulakan operasinya pada bulan Mei 2014 yang lepas.  Hanya 45 dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan dari Bandar Kuantan. Dari bandar Pekan pula hanya 10 minit sahaja. Dengan berdekatan Sungai Pahang menjadikan hotel ini begitu strategik untuk diinapi sepanjang berada di Pekan.

Sememangnya kewujudan AnCasa Royale ini sememangnya dinantikan oleh warga Pekan. Saya merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang dan Ancasa Royale ini hanya beberapa minit sahaja dari universiti kami. Dahulunya jika ingin menginap kami perlu ke bandar Kuantan untuk dapatkan kemudahan hotel, namun kini hadirnya AnCasa Royale ke bandar diraja ini diyakini akan memudahkan segala urusan.

Terdapat pelbagai bilik persidangan dan banquet pastinya memudahkan setiap yang ingin mengadakan aktiviti di sini. Mesyuarat, pameran, perbincangan , annual dinner, dan sebagainya lagi. Pastinya AnCasa menjadi tempat pilihan anda yang terbaru di Pahang ini.

Kemudahan bilik pula sememangnya utama untuk yang berminat untuk bermalam di sini. Keseluruhannya sebanyak 133 bilik terdapat d sini. 125 daripadanya adalah bilik deluxe premier, 2 junior suites, 4 executive suites, 1 presidential suite dan akhir sekali 1 royale suite. Apa yang menariknya di sini lagi ialah kemudahan internetnya yang sememangnya laju dan ada di segenap tempat di dalam hotel. Pastinya menjadi pilihan untuk yang datang atas urusan kerja dan sebagainya.

Kemudahan lain yang di sediakan untuk tetamu pula ialah, surat khabar harian, laundry, free shuttle, valet parking, bilik solat, AnCasa Tradisional Spa, Salon, swimming pool, dan juga gymnasium.

Kemudahan gym untuk semua penginap hotel

Kemudahan gym untuk semua penginap hotel

Infiniti Pool yang berhampiran Sungai Pahang. Sayup mata memandang

Infiniti Pool yang berhampiran Sungai Pahang. Sayup mata memandang

Kemudahan tempat makan pula sememangnya penting. Oleh itu di AnCasa Royale ini terdapat 3 tempat untuk kita menikmati makanan iaitu di Saffron Brassie, Japanese Restaurant, dan di AnCasa Lounge. Berbicara mengenai tempat makan, pastinya semua ingin tahu mengenai makanan yang di sediakan di sini. Untuk makluman semua, semua makanan yang disediakan di sini kebanyakkan adalah selera lokal, Namun tidak dinafikan ada juga makanan lain yang sememangnya patut dicuba oleh semua.

Makluman tambahan untuk semua, semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Ancasa Royale juga mengadakan buffet Ramadhan untuk semua. terdapat pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati. Saya pasti semua pasti akan menyukai hidngan yang disedia. Jom kawan-kawan kat Pekan, Kuantan, Gambang dan yang berada di UMP sekalian untuk sama-sama kita mencuba buffet Ramadhan di sini pula.

Ulam-ulaman tempatan

Ikan kering dan sambal.

Antara pencuci mulut yang disediakan. Tidak dilupakan Puding Raja yang menjadi trademark Pekan

Badak berendam dan pilihan pelbagai makanan tempatan lain

Pilihan sushi untuk dinikmati

Ketam masak rebung.. Anda patut mencubanya…

Apapun kewujudan Ancasa Royale ini semestinya akan lebih merancakkan pembangunan di daerah Pekan ini. Kewujudan hotel sebegini sememangnya dinantikan oleh setiap warga Pekan.

Ancasa3

Mungkin itu sahaja penulisan saya berkaitan AnCasa Royale. Selepas ini akan saya kongsikan pula tempat menarik di Pekan yang wajib anda lawati. Untuk maklumatl anjut mengenai AnCasa Royale bolehlah hubungi melalui medium di bawah

Notice

Website: http://www.ancasaroyale.com/

Talian bebas tol: 1-300-88-0032

AM: Anda patut menginap di AnCasa Royale ini jika berkunjung ke Pekan Bandar Diraja ini.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Makanan <b>Pahang</b>: <b>Makanan tradisional di</b> saba... - Blog <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2014 03:37 AM PDT

Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam.

Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu.

Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini.

Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.

 Tahan lama, tiada pengawet

 Tahan lama, tiada pengawet


Penukaran nama kepada sambal Pahang itu secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada produk makanan tradisional sedia ada, sekali gus memberi kelebihan kepada industri pelancongan Pahang dalam memasyarakatkan hidangan rakyat kepada pelancong tempatan dan luar negara.


Beberapa pengusaha yang ditemui sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini mengakui permintaan terhadap sajian pembuka selera itu semakin meningkat, malah ada kalangan mereka diminta menyiapkan tempahan sehingga 10 kilogram.

Seorang pengusaha, Maznah Abdul Rahim, 54, berkata, penyediaan sambal Pahang tidak rumit kecuali ketika memasak belimbing buluh yang memakan masa berjam-jam lamanya sehing�ga bertukar warna kepada coklat tua atau hitam.

Secara asas, katanya, proses menghasilkan belimbing hitam itu mudah walaupun mengambil berjam-jam untuk mengeringkannya.

Tampuk pada belimbing dibuang terlebih dulu dan dibasuh untuk membuang kotoran yang melekat jika ada.

"Masukkan belimbing buluh ke dalam tin sehingga penuh bersama garam kasar dan masak dengan api sederhana sehingga belimbing menjadi kecut dan bertukar menjadi coklat kehitam-hitaman (anggaran satu tin biskut 800 gram, satu peket kecil garam kasar).

"Tidak perlu menggunakan air semasa merebus kerana belimbing mengeluarkan airnya sendiri," katanya yang mewarisi resipi sambal hitam diperturunkan nenek moyangnya.

Dia berkata, belimbing buluh itu dimasak menggunakan dapur kayu atau arang. Proses merebus belimbing mengambil masa antara tiga hingga enam jam bergantung kepada jumlah belimbing yang digunakan.

"Dari segi kualiti belimbing, semakin lama direbus semakin lama ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya dan selamat dimakan kerana tiada bahan pengawet.

"Ada juga remaja yang gemar melakukan aktiviti lasak menempahnya untuk dibawa sebagai bekalan makanan dan pembuka selera ketika melakukan aktiviti perkhemahan di pusat rekreasi di kampung ini," katanya.

Bagi Wan Juhaida Wan Hassan, 33, pengusaha sambal Pahang kini boleh menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan permintaan yang semakin meningkat.

Sejak mengusahakan produk tradisional itu beberapa bulan lalu, permintaan untuk sambal hitam sentiasa meningkat terutama dalam kalangan mereka yang hendak mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan makan.

"Saya tidak menang ta�ngan menghasilkan sambal ini, malah terpaksa menolak permintaan kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya mengikut waktu dijanjikan.

"Saya memperoleh resipi ini daripada nenek yang diperturunkan kepada ibu (Masti Mohd Dawi, 62) dan menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kami sekeluarga," katanya yang turut menghasilkan pelbagai masakan tradisional di kampungnya, Kampung Kuala Atok, Raub.

Wan Juhaida berkata, sejarah sambal Pahang di Raub bermula di Mukim Sega dibawa penduduk Lipis yang berhijrah ke daerah itu.

"Menurut ibu, sambal ini asalnya hanya menggunakan belimbing, cili api dan ikan bilis saja tetapi dipelbagaikan dari semasa ke semasa, malah ada yang mencampurkan bawang merah, bawang putih dan ikan rebus.

Dalam pada itu, Wan Juhaida berkata, tidak ramai yang mengetahui air rebusan belimbing enak dicicah dengan ikan bakar terutama ikan air tawar.

"Tidak perlu bahan tambahan lain, cuma patahkan lada. Ia amat menyelerakan. Air rebusan belimbing juga boleh digunakan untuk membersihkan ikan air tawar bagi menghilangkan bau hanyir," katanya.

Ramai generasi muda tidak mengetahui cara pe�nyediaan sambal hitam mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap masakan tradisi itu.

"Malah ada yang tidak menyedari kewujudan sambal ini kecuali mereka yang menghadiri majlis kenduri-kendara, doa selamat dan hari raya kerana ia hidangan wajib di kebanyakan majlis berkenaan di kawasan Pahang barat," katanya.

Wan Juhaida berkata, tidak perlu mencari resipi untuk mendapatkan sukatan bahan kerana ia mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sambal mengikut selera sendiri.

Norhaida Md Kamarudin, 41, pula mempelajari masakan tradisi itu daripada orang lama sewaktu membantu kerja memasak di majlis kenduri.

"Kami selalu bergotong-royong membuat sambal Pahang apabila ada majlis keramaian di kampung ini. Di situlah saya belajar cara memasaknya.

"Rasa sambal hitam belimbing buluh ini memang terbaik kerana membuka selera dengan rasanya yang pedas dan masam, malah ia boleh dimakan begitu saja bersama nasi panas," �kata�nya yang menetap di Kampung Melayu Cheroh, Raub.

Katanya, harga belimbing hitam yang siap direbus kini mencecah RM40 sekilogram dan sambal hitam siap berharga antara RM80 hingga RM100 sekilogram.

"Ramai kenalan dan ahli keluarga yang menetap di luar Raub kerap meminta kami menyediakan sambal hitam dalam kuantiti yang besar untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing kerana ada permintaan daripada mereka yang sudah menikmati keenakan sambal Pahang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08

No comments:

Post a Comment