Blog <b>Makanan Pahang</b>: SENARAI HARGA <b>MAKANAN DI</b> CAFE <b>...</b> - Blog Makanan di Pahang |
- Blog <b>Makanan Pahang</b>: SENARAI HARGA <b>MAKANAN DI</b> CAFE <b>...</b>
- AnCasa Royale : Hotel Pertama <b>di</b> Pekan <b>Pahang</b> Bertaraf 4 Bintang <b>...</b>
- No comments - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger
- <b>Makanan</b> tradisional <b>di</b> saba... - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger
- PPDNKK <b>Pahang</b> Berjaya Patahkan 13 Kes Seleweng Diesel <b>...</b>
Blog <b>Makanan Pahang</b>: SENARAI HARGA <b>MAKANAN DI</b> CAFE <b>...</b> Posted: 27 Jun 2014 01:39 PM PDT Walaupun KLIA2 Lapangan Terbang penerbangan pesawat tambang murah tetapi harga minuman dan makanan yang dijual dicafe sana tidak sewenang-wenangnya untuk anda nikmati. Penting lihatlah senarai harganya terlebih dahulu. Itu adalah senarai harga semasa mungkin bila dilaksanakan GST mulai April tahun hadapan sudah pasti harganya akan berubah. Sumber : Photo Cari.Com. AAP - Moralnya jangan sembarangan untuk menikmati makanan disana... alah memakan menang membayar. Mungkin satu kejutan bila orang kampung seperti kami berkunjung kesana. Jika disini harga roti canai sekitar 80sen hingga RM 1.00 sahaja. :) |
AnCasa Royale : Hotel Pertama <b>di</b> Pekan <b>Pahang</b> Bertaraf 4 Bintang <b>...</b> Posted: 28 Jun 2014 08:23 PM PDT Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping kleluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai hotel yang pertama di Pekan yang bertaraf 4 bintang iaitu AnCasa Royale.Untuk makluman semua, hotel ini baru sahaja memulakan operasinya pada bulan Mei 2014 yang lepas. Hanya 45 dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan dari Bandar Kuantan. Dari bandar Pekan pula hanya 10 minit sahaja. Dengan berdekatan Sungai Pahang menjadikan hotel ini begitu strategik untuk diinapi sepanjang berada di Pekan.Sememangnya kewujudan AnCasa Royale ini sememangnya dinantikan oleh warga Pekan. Saya merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang dan Ancasa Royale ini hanya beberapa minit sahaja dari universiti kami. Dahulunya jika ingin menginap kami perlu ke bandar Kuantan untuk dapatkan kemudahan hotel, namun kini hadirnya AnCasa Royale ke bandar diraja ini diyakini akan memudahkan segala urusan.Terdapat pelbagai bilik persidangan dan banquet pastinya memudahkan setiap yang ingin mengadakan aktiviti di sini. Mesyuarat, pameran, perbincangan , annual dinner, dan sebagainya lagi. Pastinya AnCasa menjadi tempat pilihan anda yang terbaru di Pahang ini.Kemudahan bilik pula sememangnya utama untuk yang berminat untuk bermalam di sini. Keseluruhannya sebanyak 133 bilik terdapat d sini. 125 daripadanya adalah bilik deluxe premier, 2 junior suites, 4 executive suites, 1 presidential suite dan akhir sekali 1 royale suite. Apa yang menariknya di sini lagi ialah kemudahan internetnya yang sememangnya laju dan ada di segenap tempat di dalam hotel. Pastinya menjadi pilihan untuk yang datang atas urusan kerja dan sebagainya.Kemudahan lain yang di sediakan untuk tetamu pula ialah, surat khabar harian, laundry, free shuttle, valet parking, bilik solat, AnCasa Tradisional Spa, Salon, swimming pool, dan juga gymnasium.Kemudahan tempat makan pula sememangnya penting. Oleh itu di AnCasa Royale ini terdapat 3 tempat untuk kita menikmati makanan iaitu di Saffron Brassie, Japanese Restaurant, dan di AnCasa Lounge. Berbicara mengenai tempat makan, pastinya semua ingin tahu mengenai makanan yang di sediakan di sini. Untuk makluman semua, semua makanan yang disediakan di sini kebanyakkan adalah selera lokal, Namun tidak dinafikan ada juga makanan lain yang sememangnya patut dicuba oleh semua.Makluman tambahan untuk semua, semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Ancasa Royale juga mengadakan buffet Ramadhan untuk semua. terdapat pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati. Saya pasti semua pasti akan menyukai hidngan yang disedia. Jom kawan-kawan kat Pekan, Kuantan, Gambang dan yang berada di UMP sekalian untuk sama-sama kita mencuba buffet Ramadhan di sini pula.Apapun kewujudan Ancasa Royale ini semestinya akan lebih merancakkan pembangunan di daerah Pekan ini. Kewujudan hotel sebegini sememangnya dinantikan oleh setiap warga Pekan.Mungkin itu sahaja penulisan saya berkaitan AnCasa Royale. Selepas ini akan saya kongsikan pula tempat menarik di Pekan yang wajib anda lawati. Untuk maklumatl anjut mengenai AnCasa Royale bolehlah hubungi melalui medium di bawahAM: Anda patut menginap di AnCasa Royale ini jika berkunjung ke Pekan Bandar Diraja ini. |
No comments - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger Posted: 27 Jun 2014 03:17 AM PDT
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut. Objektif lain yang turut dikaji adalah berkenaan pemahaman tahap dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam kalangan masyarakat sekitar Melaka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seramai 30 responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, hubungan antara tahap perpaduan dan makanan bagi setiap kaum adalah memuaskan. Oleh itu, makanan memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum utama di Malaysia. Pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas lagi supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kata Kunci: perpaduan kaum, makanan tradisi 1.0 PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai dipenuhi oleh penduduk yang berbilang kaum. Hari ini, kaum Melayu adalah kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal dengan sifat peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih untuk mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu dalam menyumbang ke arah perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Pada hari ini, makanan bukan penghalang untuk mengeratkan perpaduan sesama kaum. Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya di makan oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja untuk kaum India, yong tau fu bukan hanya dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira bangsa dan kaum, makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu, Cina ataupun India. Jadi sememangnya, pada hari ini, boleh dikatakan makanan tradisi kaum dapat mempengaruhi perpaduan di negara ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Dalam menjalankan kajian ini, lokasi kajian ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan sekitar Melaka. Terdapat 30 orang responden yang telah diplih secara rawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar UTeM dan 10 orang awam sekitar Melaka. 1.2 Objektif Kajian Dalam menjalankan kajian ini, tiga objektif telah ditetapkan untuk dicapai. Pertama, mengenal pasti makanan yang terkenal di antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kedua, mengetahui keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut dan ketiga ialah membincangkan bagaimana keunikan makanan tradisi setiap kaum ini mampu untuk membentuk perpaduan antara kaum. 1.3 Kepentingan Kajian Kajian ini telah dijalankan atas dasar dapat mengenal pasti makanan tradisi tiga kaum terbesar di Malaysia. Kajian ini juga dapat menunjukkan betapa makanan tradisi dapat membentuk perpaduan kaum di Malaysia. 2.0 SOROTAN KAJIAN "Bagai aur dengan tebing" merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati masyarakat pada hari ini tidak lagi menampilkan cirri-ciri perkauman yang kental dalam beberapa aspek kehidupan mereka. Ini tentulah sesuatu petanda yang positif bagi masa depan sebuah negara berbilang kaum di Malaysia. Sikap masyarakat pada hari ini seperti yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia itu mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa prejudis terhadap semua kaum di Malaysia. Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik dan ini tentulah akan dapat mengekalkan keharmonian di antara kaum. Hasil kajian ini membuktikan bahawa majoriti menyatakan keadaan ekonomi semakin baik jika perpaduan terjalin antara masyarakat di Malaysia. Berdasarkan sejarah dan pengalaman negara ini, masalah ekonomi dapat memberi kesan terutama kewujudan jurang antara kaum dan ini jika tidak dibendung akan dapat mencetus rasa cemburu sehingga membawa kepada permusuhan antara kaum. Pada hari ini, kita melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala orang Melayu memakan mi, kueh tiaw, yong tau foo, roti nan, capati dan tosai. Demikian pula orang India makan apa saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina. Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dan ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air dan santan kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka. Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di Malaysia. Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang. Perayaan besar disambut bersama dengan menghidangkan makanan pelbagai kaum. Hakikatnya jelas, dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Semua ini terhasil daripada jalan awal yang inginkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Semua ini akan terus menjadi ikon yang menjadi identiti sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ikon yang menjadi identiti sebuah bangsa Malaysia yang aman dan harmoni. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian, kajian soal selidik, dokumentasi dan temu bual. 3.1 Reka Bentuk Kajian Aspek-aspek yang diguna pakai dalam kajian ini antaranya ialah pendekatan kajian, kaedah persampelan, cara pengumpulan data, teknik memproses dan menganalisis data dan penulisan laporan. Reka bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan (survey). Dalam kajian ini, tinjauan dibuat di sekitar kawasan Melaka untuk mendapatkan pandangan penduduk tentang hal-hal berkaitan dengan perpaduan kaum melalui makanan tradisi. Manakala reka bentuk kajian kualitatif yang digunakan ialah kajian etnografi dan kajian sejarah. Dalam kajian kes, kajian etnografi digunakan bagi mengkaji ciri-ciri makanan tradisi dalam kalangan penduduk di Melaka. Kajian sejarah pula digunakan bagi mengkaji rekod dan penulisan lampau antaranya dapatan daripada jurnal untuk dikaitkan dalam kajian perpaduan melalui makanan tradisi. 3.2 Sampel Kajian Ketika melakukan survey (tinjauan) borang kaji selidik telah diedarkan. Sampel terdiri daripada responden di sekitar Melaka. Seramai 30 orang pelbagai bangsa telah dipilih secara rawak bagi menjalankan tinjauan ini. Setiap kaum dari Melayu, Cina dan India dipilih seramai sembilan orang manakala tiga orang dari lain-lain kaum. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen utama kajian ini ialah soal selidik di mana kami telah mengedarkan borang kaji selidik kepada penduduk sekitar Melaka. Instrumen kajian kualitatif pula ialah soalan temu bual tidak berstruktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS. 4.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan keseluruhan hasil kajian yang dijalankan. Selain itu, rumusan akan dibuat mengenai pengaruh makanan tradisi sesuatu kaum dalam perpaduan rakyat Malaysia. Taburan Jadual 1 di atas, menunjukan kekerapan pengambilan makanan tradisi lain dalam semingu. Taburan ini menunjukan bahawa jumlah responden tertinggi ialah tiga hingga lima kali seminggu dalam pengambilan makanan kaum lain. Untuk kekerapan sekali hingga dua pula menunjukan hanya tiga responden sahaja. Responden yang mengakui amat kerap menjadikan makanan tradisi kaum lain sebagai menu pilahan mereka pula ialah enam responden. Berdasarkan Rajah 1 di atas, dapat dilihat nasi lemak menjadi pilihan tertinggi dalam kaji selidik ini. Nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu. Berdasarkan Rajah 2 di bawah, sebanyak 80% responden sangat setuju dengan pendapat kajian yang menyatakan makanan tradisi kaum mempengaruhi hidup mereka. 15% pula hanya menyatakan yang mereka bersetuju dengan pendapat sedemikian. Selain itu, hanya 5% sahaja yang tidak bersetuju. Pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kepada borang kaji selidik yang telah diproses, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merupakan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, tempat tinggal, umur dan pekerjaan. Bahagian B pula merupakan soalan yang berkaitan dengan kaji selidik. Soalan ini ditanya untuk mengukuhkan objektif kajian dimana makanan tradisi kaum boleh membentuk perpaduan bangsa. Selain itu, tujuan lain kajian ini adalah untuk memperkenalkan makanan tradisi kaum lain kepada masyarakat lain. Hasil kajian menunjukkan tidak kira latar belakang mereka siapa dan dari mana asal mereka, responden memberi respon yang baik untuk setiap makanan tradisi kaum lain. Ini menunjukkan bahawa masyarakat di Melaka ini mempunyai pengetahuan tentang makanan tradisi kaum lain. Selain itu, dalam kehidupan harian, kita dapat melihat makanan tradisi sesuatu kaum ini bukan hanya boleh dimasak oleh kaum sendiri sahaja tetapi oleh bangsa lain juga. Sebagai contoh, nasi lemak juga dimasak dan disediakan oleh orang India dan roti canai juga dibuat oleh orang Melayu dalam perniagaan warung mereka. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, pola pengambilan responden terhadap makanan tradisi kaum lain amat kerap iaitu di antara tiga hingga lima kali seminggu. Ini memberi respon positif bahawa masyarakat di Melaka ini boleh menerima makanan tradisi kaum lain. Di samping itu, ramai yang mengakui yang pengambilan makanan tradisi kaum juga mempengaruhi hidup mereka. Ini bermakna, apabila mereka menyukai sesuatu makanan tradisi kaum lain, mereka akan berusaha untuk mempejari atau mengetahui cara penyediaannya. Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan juga, boleh dilihat yang pengambilan makanan tradisi kaum lain amat mempengaruhi perpaduan antara masyarakat di sini. Hampir semua responden (80%) bersetuju bahawa perpaduan boleh terbentuk melalui pengambilan makana tradisi kaum lain. Mereka memberi pandangan bahawa makanan tradisi kaum amatlah penting didalam kehidupan sesuatu kaum. Selain itu, amalan penyediaan dan memasarkan makanan tradisi ini perlu dikekalak agar ia tidak dilupakan oleh generasi sekarang dan yang akan datang. Antara pandangan lain pula, makanan tradisi sememangnya dapat diterima oleh semua golongan masyarakat. Hal ini disebabkan penyediaan makanan tradisi kaum agak mudah dan ringkas sahaja. Berdasarkan kajian, nasi lemak menjadi pilihan 13 orang daripada 30 orang responden. Char kuey teow pula mencatatkan enam pilihan berbanding kari hanya empat responden yang memilih makanan tradisi India tersebut. Hanya tiga responden memilih yong tau fu diikuti putu mayam dan kuih bahulu yang menjadi pilihan dua responden setiap satu. Ini menunjukkan bahawa responden tidak memilih makanan untuk dimakan dan mereka mengenali makanan yang dipilih dengan baik. 5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Melaka ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum. Berdasarkan kajian, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Dimana dapat dibuktikan melalui analisis data dan borang kaji selidik. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanana tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkattempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Noor Risma Salfina Muhammad Rozali, Sulaiman Zakaria. (2006). Membanteras vandalism: siri tangunggjawab sosial. Kuala Lumpur: Pintar Firus. Haliza Jelani. Kepentingan Perpaduan Kaum, diakses dari http://psksksd.blogspot.com/2010/07/kepentingan-perpaduan-kaum.html LvBala. Makanan Malaysia Lambang Perpaduan, diakses dari http://lvbala.blogspot.com/2008/11/makanan-malaysia-lambang-perpaduan.html Zahir Zainudin, Ernifarha Ab Rahim, Cheristina Anak Lily, Nur Husyani Mohd Hussein, Murnie Shakilla Shidan, Siti Noratika Othman
|
<b>Makanan</b> tradisional <b>di</b> saba... - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger Posted: 22 Jun 2014 04:27 AM PDT 5 "AWAK tinggal beritahu kereta yang mana awak inginkan. Kita pandu keluar." Confident sahaja dia offer sebuah kereta buat Aisha. Mahu babah tahu, kelu lidah dia hendak menjawab. Duit tidak menjadi masalah buat Ivan, leteran dari babah sahaja yang buat dia pening kepala. "Kereta kebal ada?" Aisha sekadar memerhati ruangan showroom. Kereta-kereta mewah yang terpamer di situ hanya memberi satu makna sahaja kepada Aisha iaitu kemudahan. "Awak nak pergi berperang ke?" "Hihihi... tak adalah. Saja bergurau. Saya dah biasa ke mana-mana dengan LRT mahupun pengangkutan awam yang lain." "Laaa... saya nak bagi awak kereta, awak tolak pula?" "Awak nak bagi tapi saya tak cakap saya nak terima." "Habis ke mana-mana kita pergi, saya kena naik pengangkutan awamlah kalau begitu?" "Ya, Encik Ivan Hayden. Kalau tak pun, awak masih boleh naik kereta awak dan saya naik public transport. Kita bertemu di mana sahaja lokasi yang dijanjikan. Saya rasa tiada masalah." Pertemuan yang diatur cukup mudah. Sama seperti apa yang berlaku kepada mereka setiap kali ingin berjumpa. Hari ini, Aisha hanya meminta Ivan mengirimkan mesej akan lokasi syarikat Brittany. Tidak menjadi masalah bila ada pengangkutan awam yang melalui kawasan menempatkan syarikat tersebut. Bas ada, teksi pun banyak. "Encik Hayden..." Aneesa yang merupakan setiausaha syarikat mendekati kedudukan dirinya dan Aisha di sebelah kiri ruang showroom. Ivan menoleh, "Ya, saya." "Boleh semak beberapa dokumen yang saya kepilkan sebelum Encik Hayden turunkan tandatangan di sini?" "Sekejap ya, awak." "Oh, okey." Aisha mengambil jarak bila Ivan ke bahagian front desk syarikat Brittany. Dia memerhatikan Ivan meneliti dokumen-dokumen yang ada dari jauh. Aura lelaki itu semasa bekerja ternyata berbeza berbanding saat berada di universiti. Jika di universiti, Ivan kelihatan sangat relaks dan kasual. Berada di sini, terserlah sisi yang lain daripada yang sebiasa Aisha lihat. Semuanya melibatkan urus niaga pengeksportan kereta-kereta keluaran syarikat ke Eropah. Ia membuatkan Ivan berfikir tentang sesuatu sebelum menurunkan tandatangannya. "Aneesa, awak ada dapat panggilan daripada kilang kita di Kedah?" "Belum lagi Encik Hayden, mungkin petang sedikit rasanya." "Kalau mereka telefon, maklumkan kepada saya secepat mungkin sebab kapasiti pengeluaran kereta di kilang yang terletak di Sik tu akan ditambah. Jadi, untuk barisan pertama selepas perubahan dibuat, saya nak tahu sama ada terdapat masalah atau tidak untuk jenama Mercury dan Prestigue disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan." "Baiklah, saya akan maklumkan sekiranya terdapat panggilan yang dibuat." "Oh, ya... hari ni babah saya masuk lambat ke?" Baru Ivan perasan, sejak dia tiba tidak sampai setengah jam tadi, tidak kelihatan pula Datuk Rill Hayden membuat rondaan di ruang showroom. Selalunya, itu antara hobi babahnya yang tidak dapat dikikis saban hari. "Datuk dah masuk awal pagi dan sejam selepas itu keluar bertemu klien di Subang Jaya. Katanya akan terus ke Kelana Jaya. Khabarnya ingin berjumpa dengan wakil dari kilang di Thailand pula untuk berbincang akan kontrak edaran kereta ke pasaran Asia Tenggara. Rasanya Datuk tak masuk pejabat selepas itu." "Terima kasih, Aneesa." "Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Encik Hayden?" "Hmmm... rasanya tak ada. Nanti kalau saya perlukan bantuan, saya akan panggil awak semula." "Baiklah kalau begitu." Ivan beralih dari front desk menuju ke arah Aisha. Gadis itu masih tekun memerhati kereta-kereta yang ada terpamer di ruang tersebut. "So, dah fikir nak pilih kereta yang mana?" "Awak nak buat apa beli kereta banyak-banyak? Kereta yang awak pandu setiap hari tu dah cukup untuk memudahkan awak ke mana-mana." "Tapi, saya nak berikan hadiah untuk awak." "Awak nak berikan saya hadiah?" Aisha ingin mengetahui sebab-musabab Ivan ingin memberikan hadiah kepadanya. Hari lahirnya lambat lagi dan tak mungkin Aisha berbesar hati menerima sebuah kereta sebagai hadiah hari lahir. Itu bukan cara Aisha. "But, why? Hanya kerana saya selalu gunakan public transport?" Ivan terus mengangguk. Dia risau setiap kali Aisha ke mana-mana malah menemuinya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau Aisha memiliki kenderaan sendiri, kuranglah sedikit rusuh di hatinya memikirkan keadaan gadis itu di jalan raya. "Hihihi... niat baik awak saya hargai. Tetapi, jujur saya katakan saya selesa dengan cara saya dan saya tak mahu termakan budi manusia dengan mudah. Saya harap awak hormati pendirian saya." Nampaknya pertemuan mereka berdua di syarikat Brittany tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh Ivan. Hendak mengeluh pun tiada guna. Sedikit sebanyak dia memahami dengan lebih mendalam akan keperibadian Aisha dari kaca matanya sendiri. Memang tidak silap dia berusaha mengenali Aisha kerana dia nampak banyak kelebihan gadis itu berbanding gadis-gadis lain di luar sana. "Awak..." "Ya, saya." "Boleh saya minta izin untuk gunakan ruang solat di bangunan ni?" Dalam hati, Aisha mengharapkan bahawa ada disediakan ruang solat untuk pekerja-pekerja muslim di syarikat Brittany. Maklum bahawa bangunan tersebut cukup besar dan luas, rugi sekiranya tidak dimanfaatkan dengan menyediakan ruang solat untuk tujuan beribadah. Ivan jadi tak pasti pula. "Hmmm... sekejap ya?" Macam mana dia nak pastikan, kalau dahi tu dah lama tak menyentuh sejadah dalam erti kata ikhlas beribadah. Solat yang lima waktu, sering kali bertebaran entah ke mana. Apa yang dia tahu, setiap hari Jumaat dia dan Eric ditarik mengikuti Ted ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, itu sahaja Aisha hanya memerhati bila Ivan mendekati kedudukan meja Aneesa. Mereka berbicara seketika. Sesekali kelihatan Ivan menganggukkan kepala namun Aisha tidak mendengar langsung butir perbualan di antara mereka berdua. Dia hanya memandang ke lain bila langkah Ivan diatur kembali ke arahnya. "Ruang untuk solat ada di tingkat dua. Telekung pun ada disediakan. Awak nak saya tunjukkan arahnya?" "Awak tak nak solat sekali?" "Maksud awak berjemaah?" "Ya. Bukankah pahalanya lebih berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan solat bersendirian?" "Tapi memikul tugas sebagai seorang imam bukan perkara mudah, Cik Aisha. Besar tanggungjawabnya. Saya tak boleh nak sesuka hati mengimamkan awak sedangkan solat sendiri pun belum tentu saya dapat khusyuk apatah lagi hendak berjemaah." Malu memanglah malu, tetapi benda betul takkanlah Ivan nak ambil ringan sahaja. "Kalau macam tu, tak apalah. Lain kali mungkin." Nada ayat 'lain kali mungkin' itu kedengaran semacam sahaja di telinga Ivan. "Sekarang ni, kita solat zohor dahulu. Asing-asing pun tak mengapa, janji kita tunaikan apa yang wajib." Sempat lagi Aisha tersenyum. Dia nampak banyak lompang kekurangan yang cuba disembunyikan oleh Ivan tetapi itu lebih baik dari tersimpan. Mana yang elok, Aisha akan cuba sehabis baik untuk membantu. Sama-sama memperbaiki kelemahan dalam diri dengan saling memberi dan menerima. Selagi Allah SWT memberikan kesempatan buatnya memperbaiki diri, tiada ruginya jika hamba-Nya beriltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di samping itu mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke jalan yang diredai-Nya. "Kita ke tingkat dualah kalau begitu..." Ivan sudah melajukan langkah berjalan di bahagian hadapan. Aisha hanya mengekori. Mereka mendaki tangga ke tingkat dua dan Aisha dapat melihat ruangan di tingkat atas nyata berbeza dengan ruangan showroom di tingkat bawah. Di sini terdapat banyak bilik yang digunakan untuk pekerja-pekerja juga bahagian pentadbiran. Kelihatan beberapa orang pekerja Brittany berada di meja masing-masing, melunaskan tanggungjawab seharian. Sempat jugalah mereka memandang ke arah Ivan dan Aisha yang baharu sahaja tiba ke ruangan tersebut. "Kalau awak nak tahu, inilah ruang kerja saya jika saya masuk ofis." Ivan menunjukkan sebuah bilik yang menampilkan nama juga jawatannya di muka pintu. Belum masanya dia mengajak Aisha masuk apatah lagi mereka berdua sahaja sekarang ini. "Oooh... okey." Mereka meneruskan langkah ke sebelah kiri. Terdapat ruang pantry juga ruang solat yang terletak saling berhampiran. Kalaulah Aneesa tidak memaklumkan, pasti Ivan sendiri tidak perasan ruang tersebut adalah tempat untuk warga Brittany mengerjakan solat. Ivan pun hanya sesekali sahaja ke bahagian pantry, jadi dia memang tak ambil pusing sangat akan lokasi tersebut. "Awak solatlah dahulu, take turn..." Tak bolehlah nak main serbu masuk berdua kerana ruang solat itu hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu-satu masa dan tak manis pula jika ada pekerja lain yang melihat. "Saya tunggu awak dekat pantry." Aisha hanya mengiyakan sebelum dia melangkah masuk ke ruang solat yang ada. Pintu dikunci dari dalam. Dia bergerak ke tempat mengambil wudhuk dan berwudhuk sebelum menyegerakan memakai telekung. Solat zohor empat rakaat itu ditunaikan dengan rasa lapang di dalam hati. Segelas air masak berjaya dihabiskan saat Aisha menunggu di ruang pantry. Aisha tidak tahu hendak membuat apa bila bersendirian di situ. Dia hanya memerhati dekorasi pantry yang nampak ringkas dan mudah. Sebuah meja bulat disertakan dengan lima buah kerusi mengelilingi. Peti sejuk, singki mencuci dan rak pengering terletak saling berdekatan. Kabinet pula menempatkan barang-barang seperti water purifier, coffee maker, rak pinggan dan cawan malah bekas berisi pelbagai barangan termasuk biskut dan kuih-muih. Mungkin sahaja ada tea lady yang menguruskan bahagian tersebut. "Jom?" Muncul Ivan di situ mengajaknya untuk keluar. "Dah fikir nak kereta jenis yang mana? Sporty, classy, casual, compact, SUV, MPV tapi jangan tanya jenis eco car pula... memang tak ditawarkan dekat Brittany." "Awak." "Hmmm..." Ivan memandang Aisha yang bergerak menuruni tangga di sebelahnya. "Saya tak nak kereta, jauh sekali memandu kereta." "Tapi kenapa?" "Memandu di tengah kesesakan kota raya sangat berbahaya dan, saya mana ada lesen kereta..." "Laaa... ye ke?" "Sebab itu saya rasa pelik, kenapa awak ajak saya ke syarikat awak. Ingatkan awak ada urusan penting, sebab tu kita berjumpa di sini." "Jadi sia-sia sahajalah saya bawa awak ke mari?" Ivan mengeluh. "Eh, tak adalah. Saya tak rasa sia-sia pun. Sekurang-kurangnya saya tahu awak bekerja sambil belajar. Tak mudah nak uruskan dua perkara dalam satu masa. Tapi, mungkin sebab awak antara ketua di sini jadi tiada masalah untuk bahagikan masa awak di universiti mahupun syarikat." "Nak kata susah tu tak adalah susah mana. Selagi saya faham dan cepat tangkap, semuanya boleh berjalan dengan mudah tak kira di universiti atau syarikat. Cuma part yang susah bila papa saya minta idea untuk luaskan pasaran syarikat malah fikirkan cara untuk meningkatkan jualan setiap suku tahun. Masa tu, baharu pecah kepala nak manage sekali gus." "I'm always believe that you will do well in whatever you're doing." "Oh, thanks." Ivan tidak sedar sejak bila dia tersenyum. "So, shall we hit the road now? Saya dah rasa lapar." Comel sahaja riak di wajah Aisha mempotretkan dirinya yang berasa lapar. "Okay, let's go!" Ivan menolak daun pintu dan mempersilakan Aisha untuk keluar terlebih dahulu. "Terima kasih." Aisha yang melangkah keluar terlebih dahulu sudah mengucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ivan. Ivan tersengih. Mereka mendekati kereta yang diparkir berdepanan dengan bangunan syarikat. Dia mmboloskan diri ke dalam kereta. Aisha turut melakukan perkara yang sama dengan duduk di sebelah pemandu. "Kita nak makan di mana?" "Selera Rastaaaaaaaaaaa!" Dalam nada bergurau Ivan menjawab seiring dengan jari telunjuknya sudah diisyaratkan akan lokasi yang hendak dituju. Mindanya sudah merencana untuk makan di Hotel Applegate. "Manalah Selera Rasta buka waktu-waktu begini?" Seketika kedengaran tawa Ivan meletus bila Aisha mengetap bibir. Geram dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Tidak dinafikan Selera Rasta menjadi lokasi favourite pelajar-pelajar Unitadz untuk makan dan hang out bersama rakan-rakan di waktu malam dan hanya beroperasi bermula jam enam petang. Baharu sahaja Ivan hendak membuat pusingan U di persimpangan hadapan, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas iPhone yang berada di dalam saku seluar slack ditarik dan diserahkan kepada Aisha. "Saya tak bawa handsfree, tolong swipe dan pegangkan, boleh?" "Err... ah, okey." Aisha menyambut telefon yang dihulur. Tertera nama Lucy di permukaannya. Tanpa menunggu lama Aisha menyentuh permukaan skrin sebelum dilaraskan kepada speaker. "Lucy..." Aisha menyebut sebaris nama tersebut agar Ivan tahu siapa pemanggilnya. Dalam hatinya tertanya-tanya. Siapalah Lucy yang membuat panggilan sekarang ini? "Haaa... Lucy. Awat call?" "Papa Eric masuk hospital, heart attack. Aku on the way ke KPJ." Aisha yang mendengar terus menekup mulut dan beristighfar. Walaupun dia tidak kenal individu yang dimaksudkan, tetapi lelaki itu orang tua Eric. Sedikit sebanyak terpalit rasa bimbang di dalam dirinya bila melihatkan wajah Ivan berubah mendadak. Dari ceria bertukar muram mendengarkan perkhabaran tersebut. "Kalau macam tu, aku datang sekarang. Jumpa dekat sana." Tak sempat hendak bertukar salam, panggilan sudah terlebih dahulu ditamatkan oleh Ted. Aisha merenung skrin telefon bimbit yang bertukar gelap di tangan. Biarlah telefon itu dipegangnya terlebih dahulu. Dia perasan perubahan besar di wajah Ivan dan dia tidak mahu mengganggu tumpuannya memandu sekarang. "Aisha, boleh awak temankan saya ke sana?" "Iyalah, saya temankan. Awak pandu kereta ni elok-elok. Saya rasa dah laju semacam awak drive sekarang..." Walaupun hendak segera tiba ke hospital, keselamatan diri di jalan raya sekarang patut sama-sama dititik beratkan. "Sorry." Ivan tidak melanjutkan kata selepas itu. Tumpuannya tetap di jalan raya walaupun fikirannya sudah melayang teringatkan perihal Eric juga papanya, Datuk Abdullah. IVAN nampak Eric tertunduk sugul di luar bilik pemeriksaan. Aisha yang mengekorinya turut tertanya-tanya akan keadaan papa Eric yang masih lagi menjalani rawatan. "Eric." Ivan datang dekat seraya memeluk Eric yang kelihatan lemah. Saat pelukan dileraikan, Eric nampak ada gadis yang berdiri di sebelah kanan Ivan. "Lucy dah sampai dan dia ke surau. Kau dari mana dengan Aisha?" Baru dia perasan akan kehadiran Aisha sama. "Aku dari main office Brittany tadi. Hajat nak pergi makan. Tapi bila dapat panggilan dari Lucy fasal papa kau terus kami ke mari. Macam mana dengan keadaan papa kau?" "Masih lagi menjalani pemeriksaan di dalam. Driver yang jumpa papa aku di bilik hotel sebab tak turun-turun selepas lunch." Eric sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa sedihnya di depan Ivan. "Dah lama kau sampai?" Ted tiba-tiba menegur. Dia yang baru sahaja kembali dari surau langsung tidak berlengah untuk lama-lama berada di bawah. "Baru je." Ivan menjawab sedang Aisha hanya diam dan tersenyum nipis. Baru dia tahu siapa Lucy yang menelefon sebentar tadi. "Ivan, Aisha... kamu berdua belum makan lagi, kan? Ajak Lucy sekali turun makan." Eric berasa kasihan mengenangkan mereka bertiga terpaksa bergegas ke KPJ menemuinya setelah dimaklumkan tentang keadaan papanya. "Aku okey lagi." Ivan menjawab seraya memandang tepat ke wajah Eric. Tidak tegar membiarkan temannya itu keseorangan. "Aku pun." Ted menjawab walhal dari semenjak di surau perutnya sudah berkeriuk-keriuk minta diisi. "Kau memanglah okey tapi Aisha tu yang aku kasihan. Pergilah turun dahulu. Apa-apa nanti aku call. Papa aku masih dirawat dekat dalam jadi jangan risau. Pergi makan..." Eric menolak tubuh Ivan juga Ted agar segera bergerak ke kafeteria. Tidak elok jika dibiarkan perut kosong semata-mata kerana dirinya. Ivan yang sedar akan situasi Aisha terus sahaja menurut. Bukankah gadis itu benar-benar lapar sebelum mereka keluar dari Brittany? Kasihan pula mengenangkan bila dia dengan perut kosong terpaksa menemankan Ivan menemui Eric di KPJ. "Kalau macam tu, aku bawa Aisha dengan Lucy ke kafe. Sekejap lagi selesai makan kami naik balik. Kalau ada apa-apa jangan lupa untuk beritahu sesegera mungkin. Faham?" "Iyalah. Kau ni kalau mengarah, memang macam mak nenek." "Ingat apa yang Ivan pesan?" Ted menepuk bahu Eric yang cuba untuk tersenyum. "Yalah..." Eric memerhatikan Ivan, Ted dan Aisha yang bergerak ke arah lif di sebelah kanannya. Saat mereka hilang dari pandangan, terbit keluhan keluar dari bibirnya. "Maafkan Aiman, papa..." Dia masih ingat akan kata-kata yang diucapkan kepada papanya petang semalam. Akibat merajuk dengan teguran papanya, dia tidak pulang ke rumah apatah lagi ke hotel. Sebagai tanda protes sengaja dia bermalam di studio seni Unitadz seorang diri. Eric bimbang jika perkataan 'Goodbye' yang dilafazkan semalam menjadi perbualan terakhir di antara papa dan dirinya. Dia jadi betul-betul takut. Air mata yang cuba ditahan dari dilihat teman-temannya sejak tadi kini mengalir juga. Lekas-lekas dikesat dengan belakang tapak tangan. Tidak mahu ada yang melihat. "Aiman takut papa akan tinggalkan Aiman. Sama macam mama..." Matanya kini fokus ke hadapan. Memandang tepat ke arah pintu bilik pemeriksaan. Ivan dah bergerak ke bahagian kaunter. Beberapa jenis lauk-pauk yang tersedia dalam tray diperhati sebelum dia menimbang hendak memilih yang mana. Lewat hari ini mereka menikmati hidangan makanan tengah hari. Aisha sudah lama berlalu mengambil tempat duduk. Itu pun setelah selesai dia memilih makanan yang diinginkan. Ted yang baharu sahaja selesai memilih makanannya turut duduk di meja yang sama. Dia hanya membiarkan kerusi di sebelah kosong agar mudah untuk Ivan duduk setentang dengan Aisha. "Aisha, kalau saya tanya sesuatu boleh?" Melihatkan Ivan belum ke meja, Ted mengambil kesempatan untuk bertanyakan sesuatu kepada Aisha. "Erm... tanyalah." "Awak kenal Hannah?" "Hannah? Maksud awak, Kak Hannah? Ya, saya kenal dia. Satu fakulti." Tanpa berselindung Aisha memaklumkan. "Dia ambil jurusan apa dekat Fakulti Bahasa & Kesusasteraan tu? Maksud saya, major? Bahasa atau Sastera?" "Kalau tanya majoring, Bahasa. So, awak tahulah apa yang minor, kan?" "Err... ya." "Kenapa tanya fasal Kak Hannah? Awak kenal Kak Hannah ke?" Rasa unik pula ada yang bertanya fasal seniornya itu. Aisha sendiri sedia maklum, Hannah susah untuk rapat dengan orang lain. Terutamanya jika berlainan fakulti. Sebab itu dia rasa semacam apabila Ted menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hannah. "Sort of." Sejak bila dah terbiasa dengan 'sort of' ni? Ted pun naik hairan. "Sebenarnya, jarang orang tanya fasal Kak Hannah. Lebih-lebih lagi kalau pelajar dari fakulti lain." "Dia tak campur orang ke?" "Hmmm... susah nak cakap sama ada campur atau tidak. Tak ramai yang kenal dia di luar. Tetapi, bebudak fakulti memang hormat dia sebagai senior. She's one of the excellent students in our faculty. Boleh dikatakan role model pelajar junior." "Oh, okey. Terima kasih untuk infonya. Err... maaflah sebab buat Aisha tergendala hendak makan." Baru Ted perasan, disebabkan hendak mengetahui perihal Hannah, tidak sempat Aisha menjamah makanan di dalam pinggannya apatah lagi dirinya. "Tak apa. Benda kecil sahaja." "Aik, borakkan apa sampai nasi pun tak sentuh lagi?" Ivan yang baharu sahaja tiba di meja, melabuh punggung di depan Aisha. Seketika dia memandang wajah Ted dan Aisha berselang-seli. Apa kenalah mereka berdua ni? "Saja bual-bual kosong fasal fakulti Aisha." Ted menjawab. "Fasal fakulti ke fasal pelajar fakulti? Ayat tu biar jelas sikit." Mulalah Ivan dengan perangai mengusiknya. Arif dirinya akan sikap Ted yang jarang ambil kisah fasal pelajar Unitadz. "Dah, jangan banyak cakap. Baca doa makan, sekejap lagi kita nak naik atas semula. Tak sedap hati pula aku tinggalkan Eric seorang diri dekat atas." "Bismillahirahmanirrahim..." Ivan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Aisha dan Ted sekadar mengaminkan. Sempat lagi Ivan menoleh ke arah Ted di sebelah sambil tersengih-sengih. Ingin memaklumkan bahawa dia boleh membaca doa makan. Mujur makanan yang disuap ke mulut Ted tidak tersembur melihatkan aksi Ivan waktu itu. Hampir ke petang Ted menemankan Eric di hospital. Selepas sahaja solat asar di surau, Ivan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Dia ingin menghantar Aisha ke perhentian bas seperti yang diminta oleh gadis itu dan berjanji akan sama-sama menemankan Eric di hospital pada sebelah malamnya. Beberapa orang penting di Hotel Applegate turut datang melihat-lihat keadaan Datuk Abdullah yang kini dikatakan stabil selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Lega hati Eric bila mengetahui papanya tidak lagi berada dalam keadaan bahaya dan kini sedang tidur. "Malam nanti aku datang temankan kau. Aku bawakan sekali pakaian dari Suite." "Thanks. Aku tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan kau dan Ivan sebab sudi temankan aku dari tadi." "Relakslah, kita kan kawan. Hari ini hari kau, mana tahu esok lusa hari aku pula susah..." Ted dapat melihat Eric senyum segaris mendengarkan kata-katanya tadi. Dia tahu, temannya itu berusaha untuk kelihatan tabah dan kuat. Segala kepayahan yang dilalui kalau boleh hendak disorok dari dilihat oleh orang lain. Begitulah sikap Eric dan Ted sendiri rasa kagum. Mereka bertiga membesar jauh dari rasa kasih seorang ibu. Jadi masing-masing sangat bergantung kepada insan yang digelar ayah semenjak kecil sehinggalah menginjak ke usia dewasa. Eric kehilangan mamanya semenjak dia berusia tujuh tahun akibat kanser perut. Ivan pula kehilangan uminya akibat kemalangan jalan raya saat dia memasuki tingkatan satu manakala Ted langsung tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu semenjak dilahirkan. Ini kerana ibunya meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk saat bersalin. "Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa telefon aku tahu!" "Hati-hati..." "And, one more thing Eric... don't forget to pray. Allah will always listen to your prayer." Di antara mereka bertiga, hanya Eric sahaja yang jarang menunaikan solat walau kerap kali diingatkan oleh Ted. Setakat Ivan bolehlah juga jika kena caranya Ted mengajak. Tetapi Eric agak liat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu. "Hmmm..." Eric tidak terus menjawab. Dia sekadar menggumam sebelum melihat Ted melangkah keluar dari wad peribadi yang menempatkan dirinya juga Datuk Abdullah. HAMPIR pukul sepuluh barulah Ted melangkah keluar dari Suite 1601 dengan beg berisi pakaian juga toiletries buat Eric. Setengah jam tadi Ivan memaklumkan bahawa dia sudah tiba di hospital manakala Ted akan singgah ke Suite terlebih dahulu. Gerakan kakinya kini dibawa menuju ke bahagian lif. Setelah memboloskan diri dalam lif, dia terus sahaja menekan butang L yang mewakili ruang lobby hotel. Pintu lif berdenting sebelum terbuka di tingkat 14. Ini menunjukkan ada pengunjung hotel yang ingin menaiki lif untuk turut serta turun. Ted bergerak sedikit ke sebelah kanan. Seorang gadis melangkah masuk dan Ted cukup terkejut bila mereka berdua kini berkongsi lif yang sama. Hannah merasakan bahawa dirinya menjadi mangsa renungan Ted. Terlupa dirinya seketika bahawa lelaki di sebelahnya itu merupakan anak kepada pemilik universiti di mana dia belajar sekarang. Rasa pelik adalah setiap kali menemui lelaki itu di sini seperti tiada rumah sendiri. "Kau dari mana?" Tidak tahu mengapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa dia terlalu ramah berbicara bila bertemu dengan Hannah. Situasi sekarang tidak terkecuali. "Jumpa kawan." "Kawan yang tempoh hari tu ke?" "Ya." "Oh, lupa nak cakap... puisi semalam, simple dan boleh tahan." Ted tidak tahu hendak memuji yang bagaimana. Janji dia dapat menyatakan apa yang dia rasa setelah mendengar gadis itu melantunkan puisi dalam gaya tersendiri. "Saya 'taram' aje asalkan kena dengan tajuk. I'm quite good when dealing with improvisation." Tidak menjadi masalah buat Hannah untuk hadir dengan idea spontan. Janji tahu nak cakap fasal apa, itu sudah memadai. "Sekarang ni kerap betul aku jumpa kau." Rasanya dah banyak kali dia nyatakan perkara yang sama. "Hmmm... saya pun rasa macam tu juga. Tetapi kalau awak rasa tak selesa, saya akan cuba untuk elakkan diri dari kita bertembung di mana-mana." Hannah sendiri rasa tidak selesa bila kerap menemui lelaki itu kebelakangan ini. "Heh! Macam mana kau nak elak? Cuba kau beritahu aku..." Lainlah gadis itu tahu 'tentatif program' dirinya saban waktu, pasti tiada masalah. "Ha'ah ek! Saya tak terfikir pula sampai ke situ." Kenapa dirasakan lif bergerak terlalu perlahan ketika ini? Hannah memandang Ted yang berdiri di sisi sambil menjinjit sebuah beg di tangan kiri. "Awak nak ke mana dengan bawa beg ni? Lari dari rumah?" "Hahaha..." Seketika terhambur ketawa Ted. "Kau ni suka betul buat assumptions yang bukan-bukan. Bawa beg tak semestinya nak lari dari rumah. Sama macam duduk lepak dekat tembok rooftop, bukan bermakna nak bunuh diri." Sempat juga kata-katanya diselitkan dengan ayat berbaur sindiran. "Aku nak bawa pakaian untuk kawan aku, Eric. Papanya masuk hospital akibat serangan jantung..." Belum sempat Hannah ingin membuka mulut bertanyakan keadaan papa temannya itu, lif sudah membawa mereka sehingga ke aras lobby. Mereka melangkah keluar dengan Hannah mendahului di hadapan. Tidak sedar bahawa kehadiran mereka di ruang tersebut menarik perhatian beberapa pasang mata yang juga merupakan pelajar-pelajar Unitadz. "Kau nak balik terus ke?" "Ha'ah." "Nak aku hantarkan?" Sejak bila Tengku Edzfareel bin Tengku Adzlan berani offer seat untuk hantar orang lain balik? Ada hati nak jadi pemandu 'teksi sapu' ke? "Tak apa. Ada kawan yang akan ambil saya nanti." Mendengarkan perkataan 'kawan' kening Ted terangkat sedikit. "Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dahulu. Ciao!" Modal kata lelaki itu selalu sahaja berakhir dengan perkataan 'ciao' dan ia sedikit sebanyak membuatkan Hannah merasa jengkel. Tak boleh ke beri salam elok-elok? "Assalamualaikum." Harap-harap salamnya berbalas kerana Hannah pasti Ted mendengar ucapan yang disampaikan. "Wa'alaikumsalam warrahmatullah..." Rendah sahaja Ted membalas sambil melangkah keluar dari pintu utama hotel menuju ke kereta yang dipandu oleh seorang valet attendant Hotel Applegate. Hannah yang menunggu kehadiran Arya sekadar memerhatikan lelaki itu hilang dari pandangan. Seketika dia tersenyum mengingatkan puisi yang dibaca semalam juga kenangan berada di rooftop bersama-sama lelaki itu tempoh hari. Tidak sedar bila otaknya bekerja sehingga Biru Langit Dia kembali terngiang-ngiang di telinga. Awan putih, biru langit, Terang, hangat dan bahang, Kau dan aku, larut dalam irama kicauan. Sedang diri tertanya-tanya, Suara itu milik kau, atau Sekadar desir angin menyapa? Sekali lagi aku merenung, Sekian kali engkau memandang, Arah yang sama, Biru langit milik Dia, Jauh di atas sana. ps: Maaf, dah berkarat dengan puisi. Sudah lama zaman itu ditinggalkan. Untuk chapter 6 akan datang, ada kuiz 'happy-happy' menanti. Tunggu! |
PPDNKK <b>Pahang</b> Berjaya Patahkan 13 Kes Seleweng Diesel <b>...</b> Posted: 03 Jul 2014 05:43 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment