<b>makanan tradisional</b> negeri <b>pahang</b> - Blog <b>Makanan di</b> Melaka - Blog Makanan di Pahang |
- <b>makanan tradisional</b> negeri <b>pahang</b> - Blog <b>Makanan di</b> Melaka
- <b>MAKANAN TRADISI PAHANG</b> - Blog <b>Makanan di</b> Putrajaya - Blogger
- <b>MAKANAN TRADISI PAHANG</b> | AKU ANAK - Blog <b>Makanan Pahang</b>
- Omak Kau!!!! - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger
- <b>Makanan Tradisi</b> Malaysia, Melaka - Blog <b>Makanan di</b> Melaka
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>pahang</b> - Blog <b>Makanan di</b> Melaka Posted: 20 Feb 2014 01:08 PM PST MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM), ABSTRAK Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola. ( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang ) PENDAHULUAN Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi. ASAL USUL NAMA RAUB Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub. Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'. Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu. Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang. Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan.. MASYARAKAT RAO DI RAUB Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak. Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:
KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:
KATA PENUTUP Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan. Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini. TAMAT DAFTAR PUSTAKA Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi. Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia. Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org. Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
<b>MAKANAN TRADISI PAHANG</b> - Blog <b>Makanan di</b> Putrajaya - Blogger Posted: 13 Feb 2014 11:40 AM PST Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan. "Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv. "Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv. "Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!" "Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas. "Okey Syani. Insyallah, bye!" "Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya. "Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku. "Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal! "Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan. "Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya. "Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata. "Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya! "Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim. "So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta. "You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas. "Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya. "Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu! "Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya. "Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga. "Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak. Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik! "You boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi. "I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang. Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu. "Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis. "Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan. "I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung. "Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya! "Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta. "Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati. "Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale. "Taklah, siapa cakap?" "Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali. "Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya. "Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu. "So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku. "Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya. "It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal. "Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa." "Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga. "Come," serunya dan aku menurut. Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina. "I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat. "I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai. Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan! "Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi. "Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui. "Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah! "Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi. "Really?" Dia teruja. "Yes, of course!" "I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya. "Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas. "Good girl! Okay, let's eat!" "Okey, jom!" "Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama. "This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi. "I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas. Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina. Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu. Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan! "Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula. "I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan. "I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh! "Okey teruskan," gumamnya lagi. "I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba. "Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir. "Yes, balik kampung I!" tawarku lagi. "Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi. "Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya. "Actually, I cuma mahu.... Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan. "Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya. "Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara yang mustahak saja. "Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung. "Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka. "Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung. "Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai. "Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan. Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih. "Why? Anything happend?" soalnya serius. "Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa. "Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah! "I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar. "Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku. "Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali. "You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku. "Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati. "Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju. "Tolong apa?" "Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu." "Jadi boyfriend you? Berapa lama?" "Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti." "Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju. "Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi. "Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik. "Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!" "Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor. "Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira. "Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara. "Hanan!" "Maksudnya?" "Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama. "Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja. "Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman. Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya. kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya. ahn3914@gmail.com pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
<b>MAKANAN TRADISI PAHANG</b> | AKU ANAK - Blog <b>Makanan Pahang</b> Posted: 21 Feb 2014 01:12 PM PST Pastinya di setiap Negeri ada makanan tradisinya. Kalau di Pahang ini pasti ada makanan tradisinya yang tersendiri. Namun mungkin makanan yang tertera dibawah ini lebih popular disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Walaupun mungkin terdapat juga didaerah lainnya. Pastinya menu masakan tradisi ini sememang amat sedap bagi pengemarnya. Gulai Masam / Tempoyak ikan patin / Sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang. Gulai asam rom ikan kenerak atau sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang Sambal Rom Getah / Rom Buah Perah + Pucuk Betik Sambal Hitam / Sambal Belimbing Rebus Sambal Tempoyak Masak Petai Sambal Colek Durian + Petai, Jering dll Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Sisir Gulai Lemak Siput Sedut Sungai Gulai Keladi Kemahang Pais Ikan Tempoyak Ikan Patin/ Talapia dan lain-lain. Sambal Tempoyak Jering Semai Gulai Lemak Pede @ Budu AAP - Bolehlah dikatakan makanan diatas adalah makanan tradisi orang Pahang yang amat popular. Kalau tak makan, mungkin bukan orang Pahang sejatilah agaknya :) Kalau berjumpa masakan di atas tu mau bertambah makan nasinya :) ** Semua menu masakan di atas ada kegemaran penulis akuanakpahang :) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Omak Kau!!!! - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger Posted: 17 Feb 2014 11:29 AM PST Resep Masakan Indonesia – Kumpulan Resep Masakan Beserta … Resep Masakan yang kami tampilkan adalah resep masakan beserta gambar. Anda juga gambar makanan bisa Download Resep Masakan Indonesia. Gambar Step-by-Step: Cara membuat makanan tradisional Korea … Kimchi merupakan makanan tradisional Korea. Kimchi boleh dibuat daripada napa cabbage(kobis cina) timun lobak dan daun bawang. Gambar step-by-step : Cara membuat kuih tradisional dengan mudah Gambar step-by-step : Cara membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah! Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia | Mari Belajar … Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional makanan dan budaya … Gambar-gambar di atas menunjukkan pakaian tradisional tiga kaum … Makanan Tradisional Suku Kaum Bajau. DENGAN IN SAYA TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA GAMBAR MAKANAN SUKU KAUM BAJAU YANG TERDAPAT DI SABAH. ANTARA … Budaya Indonesia – Wikipedia bahasa Indonesia ensiklopedia bebas 2.1 Rumah adat; 2.2 Tarian; 2.3 Lagu; 2.4 Musik; 2.5 Seni Gambar; 2.6 Seni Patung; 2.7 Pakaian Adat; 2.8 Seni Suara; 2.9 Seni Sastra; 2.10 Makanan; 2.11 gambar makanan sehat Film … Tari tradisional bagian dari budaya daerah yang menyusun kebudayaan … ana jingga: Makanan Tradisional di Malaysia makanan tradisional malaysia pelbagai kaum. … GAMBAR : Sekitar Majlis Tayangan Perdana Filem Balistik. Seminggu yang lalu. iko chocolito. MAKANAN TRADISIONAL INDIA Contoh gambar-gambar roti tempayan atau roti naan : … Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini merupakan gambar makanan satu makanan … gambar makanan tradisional – PeNdIdiKaN sIViK … gambar makanan tradisional. jom kenal2 makanan tradisional malaysia. Makanan Melayu memang terkenal sebab rasanyer yang pedas dan … Gambar Makanan Menurut jurnal itu melihat gambar makanan memang bisa menimbulkan selera … Akan berbeda jika kita melihat daftar menu di rumah makan tradisional. Jom Masak & Makan: KUIH MUIH TRADISIONAL KUIH MUIH TRADISIONAL …. gambar makanan sehat Cara-cara: Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah. …. Dodol kukus makanan tradisi makin dilupakan. makanan tradisional negeri sabah – makanan istimewa negeri … Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazan dusun ini amat … tradisional yang 'Famous' di sabah ialah seperti dua gambar yang … Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di Greenland … Sep 27 2013 – Gambar Makanan 25 posts – 24 authors Kiviak adalah makanan tradisional untuk musim sejuk di Greenland dan ianya adalah diperbuat daripada burung (Auk) yang disumbat di … Contoh Gambar Makanan Tradisional Dan Contoh … – Tipspedia gambar lemak perut Makanan untuk membakar lemak – Bagaimana cara membakar lemak di perut ? Lemak perut yang berlebihan dapat mengancam … OMG : Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di … OMG : Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di Greenland (7 Gambar) Kopi Lekat | Perkongsian Manfaat: 10 GAMBAR MAKANAN … Ini pula makanan tradisional orang Scottish. Makanan ini deperbuat daripda hati jantung dan paru-paru kambing biri-biri yang dicincang dan … Makanan Tradisional — Blogs Gambar dan yang lainnya di … gambar makanan tradisional Sudah agak jarang menemukan camilan khas parahyangn ini. Tidak seperti siomay cilok atau cakue mini yang tersebar hampir di depan depan sekolahan SD. Makanan Tradisional: Cina Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. … makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. MAKANAN TRADISIONAL Kongsikan bersama Koleksi Negeri Pahang gambar kenangan anda di Negeri Pahang berserta dengan 'Caption'. Hantar kepada kami untuk kami himpun … Lihat Gambar Makanan Bikin Lebih Cepat Kenyang – VIVAlife Terlalu banyak melihat gambar makanan justru tak memancing nafsu … Pizza burger steak cake sampai berbagai makanan tradisional. WARISAN TIMUR: KUIH MUIH TRADISIONAL MAKIN DILUPAKAN Jom kita lihat gambar-gambar dibawah. … Kenapa tidak juga kita memperkenalkan makanan tradisional kita terutamanya kuih muih tradisional … Gambar Permainan Tradisional Melayu – Slide Gambar Permainan Tradisional Melayu. by Aisya Humaira' Trainee Teacher at Institut Pendidikan Guru on Dec 30 2011. 6 770 views. Permainan Tradisional … Enaknya gambar makanan tradisional apa ya buat dijadikan batik … Sate aja. Bikin gambar beberapa sate dgn posisi kayak bintang * ukuran dan jumlahnya yah terserah berapa tusuk muatnya di buku gambar. RESTORAN MAKANAN PALING SEGAR DAN MENJIJIKKAN 8 … penemuan baru 8 gambar lada kerutu yang lebih pedas dar.. 8 Makanan Rahsia Kekal … berita makanan tradisional yang pelik lagi menjijikkan. Langsung Tak … Blog Sana Sini: Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun di Sabah Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan …. Ikan Kepala Babi Menggemparkan Penduduk Palembang (2 GAMBAR). Gambar-makanan-tradisional-beserta-penjelasannya | buah untuk diet Cara Cepat Mendapatkan Kehamilan – Makanan bergizi adalah salah satu faktor penunjang agar cepat mendapatkan kehamilan. Konsumsi … (7 Gambar) Makanan Pelik Dan Menggelikan – Ohsenyum : (7 Gambar) Makanan Pelik Dan Menggelikan. Kiviak adalah Sejenis makanan tradisional untuk musim sejuk di Greenland dan … Kumpulan Foto Gambar Unik – gambar makanan tradisional Kumpulan Gambar dan Foto Kumpulan foto gambar unik ini bisa membuat anda terkagum-kagum akan hasil fotograpi … Senjata Unik | Gambar Senjata Tradisional Indonesia · 50 Gambar unik | Foto Unik …. Gambar Bentuk Makanan Unik Aneh Lucu dan Kreatif. 20 Permainan Tradisional yang Sudah Jarang Dimainkan di Jaman … Karena itu saya rangkum permainan tradisional yang sudah jarang di …. dengan membuat gambar kotak-kotak kemudian melompat dengan satu kaki dari kotak … Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun | 1001 Rasa Malaysia Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana … Gambar-gambar ini mempamerkan beberapa makanan … Makanan Tradisional India | 88DB Guide Feed – 88DB Blog Gambar i: Pembuat roti canai Setiap bangsa mempunyai makanan tradisi masing-masing. Tidak kira makanan tradisional Melayu Cina India … Gambar Makanan Tradisional Kaum Melayu – Tarian tradisional melayu riau Gambar tarian nias pencipta taritarian indonesia pengertian pakaian tradisional …… gambar permainan tradisional – Scribd gambar permainan tradisional – Free download as Text file (.txt) PDF File (.pdf) Word Doc (.doc / .docx) or read online for free. MAKANAN TRADISIONAL – ProProfs MAKANAN TRADISIONAL … MAKANAN TRADISIONAL … 6. BERDASARKAN GAMBAR YANG MANAKAH MAKANAN TRADISIONAL? Gambar Makanan Tradisional Kelantan | Darkbatman Makanan untuk tingkatkan metabolisma dalam badan · Tips Mengatasi Sakit Belakang · 6 Cara Melegakan Otot Badan l Bina Badan · Bapa Paling Bergaya … Sejarah Bola Sepak Kedah – Galeri Gambar – Memori Kedah kelihatan di gambar Datuk Seri Sanusi Junid menjulang piala FA yang dimenangi … Robert Rene Albert jurulatih import Kedah yang telah menyambung tradisi … Makanan Melayu Tradisional: Gambar kumpulan kita Makanan Melayu Tradisional. Wednesday August 18 2010. Gambar kumpulan kita. Posted by Makanan Tradisional Melayu at 5:40 PM · Email ThisBlogThis! Masakan Tradisional Jawa Timur Foto Gambar untuk … – Zomato Foto untuk Masakan Tradisional Jawa Timur Hayam Wuruk Jakarta. Masakan Tradisional Jawa Timur Gambar Masakan Tradisional Jawa … Gambar makanan tradisional iban Overview: Get More Information And Guides about Makanan Tradisional Iban and review our other guides and tips articles similar to Makanan Tradisional Iban … :: Masakan Tradisi Etnik di Sabah | .a little dream. okay bagi kaum Brunei sebenarnya banyak makanan tradisi tapi nda kan … gambar d atas ni plak ialah masakan Lauk Ampap. kaum Kedayan … Makanan Indonesia: gambar makanan tradisional gambar makanan tradisional. 1. Nasi Pecel. makanan khas dari madiun. sumber : . 2. Kerak Telur. makanan khas dari … Makanan Tradisional Orang Sabah. : The Food Channel – Page 3 … Apr 17 2009 – 15 posts – 10 authors At last jumpa juga saya images makanan tradisional orang Bajau dari sebelah …. gambar masakan tidak sama dengan penerangan..tidak … Gatot hitam lebih menggoda – Wisata Gunungkidul | Pesona … Gatot sebuah makanan ringan atau jajanan khas gunungkidul. Gatot biasa dikonsumsi … aku yo nduwe gambar makanan tradisional ning … My Resipi: Masakan Tradisional Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di adalah hakmilik tuan punya … Resipi di dalam kategori "Masakan Tradisional" (8 Resepi). Ringkasan Peraduan – Japan Photo Contest 2013 – 2014 Kami menerima penyertaan gambar percutian ke Jepun mengikut 6 tema iaitu "Otaku" "Fesyen" "Makanan" "Tradisi" "Alam Semulajadi" dan … | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
<b>Makanan Tradisi</b> Malaysia, Melaka - Blog <b>Makanan di</b> Melaka Posted: 21 Feb 2014 09:33 PM PST Malam ni JDT lawan Pahang tapi tak best la blog pasal bola Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak provoke... So mari kita cerita pasal makanan... Sebab semua orang suka makanan! Dan kalau cakap pasal makanan tak buat orang nak gaduh :) Sebagai seorang anak jati johor, saya nak kongsikan makanan-makanan tradisional orang Johor yang sangat sedap belaka! Pastikan anda tidak lapar sebelum scroll ke bawah :) Laksa Johor Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti, Class gitu orang johor ni, Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya Kalau di rumah LA, ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang. Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat Mee Bandung Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain Mee Bandung Muar tiada tandingannya ! Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2 Mestilah cukup pedasnya :) Soto Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun Kalau LA lebih prefer soto bihun LA suka sangat kalau soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya, sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil Nasi Ambang Subhanallah, kecur tengok gambar ni Ni memang favourite LA daripada kecik sampai sekarang Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea? Gerenti puas hati :) Telur Pindang LA teringat saat-saat baru memulakan pengajian di Terengganu Datang kempunan nak makan telur pindang Tanyalah dekat kawan-kawan mana nak dapat Semuanya tak faham apa itu 'telur pindang' Rupa-rupanya di selatan sahaja yang ada Telur Pindang Kalau anda ke kenduri perkahwinan di negeri Johor Biasanya mereka akan memberi Telur Pindang Mengikut resipi tradisional Johor, Telur akan direbus bersama Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar,dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun dan isi Lengkuas, Daun Senduduk, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Rasanya sangat sedap :) Ada juga perkhidmatan pos untuk mereka yang nak telur pindang Kacang Pool LA pun tak pasti kenapa namanya kacang pool Mungkin sebab kuahnya dalam mangkuk tu nampak macam kolam Haha tak pastilah pulak, Kalau family LA kami selalu perkena kacang pool di medan selera sebelah Bomba Larkin Try la, makanan yang simple tetapi sangat sedap :) Mee Rebus Johor Urmmm...sedap jugak ni Selalunya kalau LA Mee Rebus ni makan sarapan Sedap, yelah, takkan lah nak nasi lemak dan roti canai setiap pagi Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus Antara yang popular di Johor Bahru adalah Mee Rebus Tulang Az dan Mee Rebus Haji Wahid Memang terkenal sangat :) silalah cuba bila datang Johor Botok-botok Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesum, daun cekur dan daun kunyit. Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus Lontong Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong Lontong kuah dan Lontong kering Kalau LA lebih prefer lontong kering Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum Briyani Gam Johor Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia Senang kata briyani yang paling wanted lah Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni? First, pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah LA pernah pergi masa lunch, semua dah habis... gilalah. Asam Pedas Johor Asam Pedas Muar adalah antara yang terkenal di Malaysia selain asam pedas Melaka Dan saya percaya di negeri-negeri lain pun ada asam pedas tersendiri Tetapi setiap versi asam pedas negeri ni berbeza Keistimewaan asam pedas Johor berbanding asam pedas lain adalah kepekatannya Asam pedas di Johor di pekatnya lain macamMemang pekat dan secukup rasa... Kalau di Johor Bahru antara yang sedap adalah Asam pedas Anisofea di Mount Austin dan Asam Pedas Tasik Johor Bahru Kemudian, asam pedas Melaka ada Lada hitam, asam pedas Johor tak ada Selalunya untuk penambah rasa dan bau, diletakkan daun kesum, daun limau purut atau bunga kantan Dan untuk sayur-sayuran, tomato, bendi atau terung Otak-Otak Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas Otak-otak ni isi ikan yang berempah Tempat lain pun ada juga kalau tak silap Cuma kalau di Johor ni pedas rasanya :) Dan berbeza dengan negeri lain Otak-otak boleh dijumpai hampir di semua kedai makan malam di sini Air Kathira Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor Kalau di Johor yang sangat famous adalah Air Kathira Abu Bakar Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan Itu sahaja buat masa ini, ada masa update lagi :) |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |