Friday, 7 February 2014

Pahang Daily Online: Banjir - Blog Makanan Pahang - Blogger - Blog Makanan di Pahang

<b>Pahang</b> Daily Online: Banjir - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger - Blog Makanan di Pahang


<b>Pahang</b> Daily Online: Banjir - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger

Posted: 27 Jan 2014 01:44 PM PST


Pada cuti hujung minggu yang panjang sempena cuti Thaipusam, saya mengajak hubby jalan jalan ke Temerloh. Perjalanan balik hari adalah untuk tujuan makan tengahari berlaukkan Ikan Patin di Temerloh. Semua anak anak tak mahu ikut, cuma Aween sahaja. Saya memang dah lama teringat nak makan ikan patin Temerloh yang sangat femes. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah.  Saya mencari kedai papan bersebelah stesyen minyak BHP Paya Pulai seperti yang disarankan oleh kawan facebook Mazilah Siron. Dikatakan makanan di sini sedap dan Sultan Pahang juga pernah singgah makan di kedai ini.







Ketika sampai, dah banyak lauk pauk yang habis termasuklah ayam goreng yang diminta oleh Aween. Kami memesan selain Masak Tempoyak Patin juga ulam yang dicicah sambal tempoyak, taugeh kepala besar goreng, sotong dan ikan goreng. Saya tanya harga siap siap sebelum memesan setelah membaca pengalaman orang yang terpaksa membayar beratus ratus untuk hidangan makan tengahari.




Best betul lah tempoyak ini walaupun ianya menggunakan cili padi tapi selamba jer saya makan. Walaupun pedas menyengit tapi sangat sedap. Ada juga saya jumpa isi ikan di dalam sambal tu. Tempoyaknya memang tempoyak baru kerana masih terasa kemanisannya. Siapalah boleh kongsikan resepi menyediakan sambal ini ya. Saya boleh mengagak bahan bahan yang digunakan seperti cili padi, garam dan isi ikan jer kot.




Selepas itu, kami pusing pusing bandar sambil mencari Ikan Patin hidup untuk dibawa balik di Jalan Triang. Singgah jap beli  buah nangka madu yang memang kegemaran saya untuk dimakan di dalam perjalanan. Semasa di sini, ternampaklah gerai Pak Usop yang juga sangat femes dengan masakan Ikan Patin yang sedap. Di gerai menjual ikan patin hidup, hubby memilih 2 ekor ikan patin yang terus dipotong dan dibersihkan. Aduhaai, hidup hidup dipotong. Memang tak ada ikan patin liar, cuma ada ikan patin sangkar yang dibela di tepi sungai. Nampak sangat berbeza ikan patin sangkar dengan ikan patin buah di rumah kami. Mengikut kata mak cik di kedai makan S.Z Rahmah, ikan patin liar ori bermata sangat kecik dan memang susah untuk ditemui. Harga sekilo boleh mencecah RM100. 







Dalam perjalanan balik, singgah makan durian Musang King di tepi lebuhraya. Aween dengan hubby tak mahu makan. Jadi saya makan sebiji sorang sorang. Sedap dan sangat berlemak. Sebiji ada 6 ulas sahaja. Berbaloi hubby membayar RM20. Terima kasih tidak terhingga pada hubby sanggup berbuat apa sahaja untuk mengembirakan saya. 






Janggeltrekker&#39;s Life: #TravelholicAwesome Ke Kuala Gandah (Part <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 04:50 AM PST

Assalammualaikum!

Sebelum tu nak mohon maaf sebab entry Kansai yang lepas aku ada bagitau nak habiskan dalam minggu ni, tapi, terkeluar pulak entry lain dulu. Sorry ye aku masih belum sempat nak mengarang entry Kansai sebab perlu digest banyak benda dan ayat, maklumlah entry penutup kan kekeke #poyo.

Ok sepertimana yang dah di war-warkan sebelum ini (apasala ayat skema sangat ni ha?) sesiapa yang ada lawat blog ni beberapa hari yang lalu, tentu tahu kami ada buat entry #Blackout macam biasa. Sebenarnya kami beramai-ramai terjah Kuala Gandah, di Lanchang, Pahang. Siapa tahu ada apa kat situ? Hmmm, lambat lah korang jawab, kat situ ada National Elephants Conservation Center atau dalam bahasa Malaysia nye Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan. Aku dapat makluman daripada beberapa orang kenalan yang ramai tak tahu pasal kewujudan tempat ni. So dikesempatan ini (fulamak ayat skema giler), aku nak ceritalah serba sedikit aktiviti yang kami buat masa roadtrip ke Kuala Gandah haritu.

Sebenarnya plan nak buat roadtrip ke Kuala Gandah ni datang secara tiba-tiba, tatkala masing-masing teruja nak naik kereta (lori) baru Biqque yang umurnya tak sampai sebulan tu (boleh rujuk blog Biqque mengenai lori baru dia). Giler ke tak nak merasa naik kereta baru? (nak tau kereta apa sila terjah blog beliau). Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi keluarga Chawanna sebab diorang je yang dapat naik kereta bertaraf antarabangsa tu. Aku pulak akur naik kereta (lori) Dan Arif dan Maszuber. Eh kejap, nak kena cerita dari mula kan.

Ok kami berkompol di Stesen Minyak BHP di Lebuhraya Karak pada jam 9.30 pagi. Awal-awal lagi Keluarga Bahagia Ely Hasrul (rujuk blog diorang kalau tak kenal) dah tunggu kat stesen minyak tu. Bukan main eksaited kakak santek datang awal ke lokasi. Manakala dua bijik lori yakni lori Biqque dan lori Dan Arif menyusul selepas itu.

Jumlah ahli rombongan adalah 14 orang termasuk 3 orang kanak-kanak. Dan kami juga membawa bekal makanan masing-masing yang kengkononnya nak berpiknik bagai di sana nanti la. Seminggu sebelum tu, Biqque (selaku ketua rombongan) dah gigih buat research talifon pusat gajah tu, tanya itu-ini, waktu operasi, aktiviti bagai... bila dah kompom bukak waktu CNY haritu, barulah kami decide nak pergi. 

Sehari sebelum kejadian pulak, masing-masing (kaum ibu) sibuk membuat pastry! Ada yang buat scone la, pretzel Auntie Biqque cookies la, donut la... end up dah jadi macam kedai bakery dah masing-masing bawak bekal. 

NOTA: Kalau nak tempah scone boleh tempah kat Chawanna, dia mahir buat scone ala Perancis. Dan jikalau mahu tempah Pretzel Aunty Anne Biqque, donat mahupun pizza boleh tempah kat Biqque sebab dia memang gigih buat pastry tetiap hari hahahaha.

Ok sambung balik, aku pulak hanya beli nasik lemak dan bihun goreng bungkus kat kedai bawah rumah je. Tak mampu la nak buat pastry bagai, kalau mampu dah lama dah aku bukak kedai bakery. hiks. 

Perjananan menuju ke Kuala Gandah mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari Plaza Tol Gombak. Jangan lupa untuk keluar exit Lanchang dan follow je papan tanda yang terdapat di sepanjang jalan. Jangan terkejut kalau jumpa jugak papan tanda "AWAS lubang di hadapan" yang banyak jugak didirikan sepanjang jalan. Kalau ikutkan logik, baikla ko pegi tanpal lubang tu daripada buang duit buat papan tanda mahal macam tu kan? Tapi aku syak yang lubang tu tak boleh nak dibaiki kot sebab ada kene mengena ngan GAJAH? krikkk krikkk krikkkk (padahal memang lubang sebab jalan rosak).

Dalam pukul 11 pagi macam tu kami pun sampai lah ke destinasi yang dituju. Untuk makluman, pertunjukan atau aktiviti melihat gajah liar dari hutan hanya akan bermula pada jam 2.00 petang. So to kill the time (kalau ko datang awal ko hanya dapat jumpa anak gajah yang dikurung dalam kandang je, tak boleh nak mandi dengan gajah bagai) kami ke destinasi berikutnya yakni Deerland Park atau Taman Rusa yang terletak tidak berapa jauh daripada Pusat Konservasi Gajah tu. Iku je signboard, kompom jumpa.
Pintu masuk utama Deerland Park

Dah sampai ke Deerland Park, masing-masing dah lapar. Maklumla, tak breakfast kan, so kengkononnya nak la piknik kat dalam Deerland Park tu, tapi ko ingat Deerland Park tu macam tempat piknik ke? Kecik je kot kawasan dia, dan terang-terang ada tulis, makanan luar tak boleh bawak masuk. Takut pulak nanti ada yang bagi rusa-rusa tu makan Scone dengan Preztel kan.

So dek kerna terlalu lapar, kami pon bentang je tikar dan surat khabar kat parking lot depan pintu masuk Deerland Park tu kekeke. Siap diapit oleh dua bijik lori dan sebuah kelisa lagi tu. Pedulik apa, kami tak kacau paking kereta orang pun, dan sebab dah lapar, semua jadi.
Ok memang sah masing-masing dah lapar, Aqilah dan Suci pon dah standby tunggu sekon.
Hambek ko, macam-macam ada!
Ibu mengandung apatah lagi...dua bungkus bihun tau! ops.
Apa lagi, masing-masing bukak la bekalan makanan yang dibawa. Fuh memang kebulur rupanya semua...habis jugak nasik lemak dan bihun goreng aku. Ada yang bawak sandwich sardine, cream puff pon ada! Yang lain tu adal a jugak nugget, cupcake Tansree Coco (dibuka untuk tempahan juga), chicken drumstik dan sebaginya. Memang betol-betol piknik la. Tema piknik kami adalah "Breakfast at the carpark" gituh!
Pagar ni bukak pukul 10.30 pagi.

Ok dah selesai makan, dan kemas apa yang patut barulah kami mulakan misi menjenguk rusa. Untuk masuk ke Deerland Park ni kena bayar tiket RM6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak.

Info mengenai Deerland Park:

Waktu Operasi : 
Setiap hari kecuali hari Jumaat -tutup)  10.30 pagi hingga 5.30 petang

Alamat: 
No. 67, Jalan Zabidin, 28400 Mentakab, Pahang.

Contact persons:  
Encik Abdullah (013-9676242) / Puan Herlina (013-9881345) / Office (09-2797249)

Emel: kraunaturepark@yahoo.com.my

Apa yang ada kat dalam Deerland Park ni?

Semestinya ada rusa! Masuk-masuk je korang akan nampak kandang rusa yang besar dan ada banyak sangat rusa dalam tu. Sekali sekala teringat pulak macam kat Nara... tapi rusa kat Nara tak duduk dalam kandang heheeh. Kita akan diberi sebakul ubi kayu untuk bagi rusa-rusa tersebut makan! Yer, kita boleh bagi makan kat rusa-rusa tu, makanya berebut-rebut la rusa-rusa tu serbu kat makanan yang kita sua kat mulut diorang! 


Laluan masuk yang agak berhutan.
Jumpa pulak kaunter ni untuk check tiket. 
Lepastu kita akan diberi ini. Aku pun tatau apa, ubi kayu kot.
Tu diaaaa masing-masing dah menunggu. Lapar kot diorang ni.
Makan...omnomnomnom

video

Layan video sat.

Memang banyak giler rusa kat sini.

Sebenarnya menarik jugak la kativiti ni kalau bawak anak-anak kecil, supaya mereka dapat mengenal binatang. Deerland Park ni macam petting zoo jugak la. Selain rusa ada macam-macam lagi haiwan lain yang ada dalam tu macam ayam, ular, arnab dan burung. Haiwan-haiwan kecik je la, yang besar kalu, sila pergi zoo negara hahaha.


Dah jom pegi tengok binatang lain pulak.
Burung merak albino pon ada.
Aqilah suka tengok Birds!
Cawan dengan ular sawanya...
Lupa la ni binatang apa, ala yang dalam cerita kartun Kim tu...tapi yang ni albino.
Fluffy Chicken... gebu habis.
Ha pilih nak derma kat mana satu.
Ok sampai sini je bahagian pertama kisah #travelholicawesome terjah Kuala Gandah. Nanti aku cerita kisah utama pulak yakni melawat gajah ye.

Untuk kisah-kisah di pusat konservasi yang lain boleh juga ketik di sini:

bersambung...

WASSALAM.

No comments:

Post a Comment