<b>Pahang</b> Daily Online: Banjir - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger - Blog Makanan di Pahang |
- <b>Pahang</b> Daily Online: Banjir - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger
- Saji.my Tempat <b>Makan</b> Sedap, Best, Menarik - khairulzamri
- Blog <b>Makanan Pahang</b>: Sajian pembuka selera | Berita Malaysia <b>...</b>
<b>Pahang</b> Daily Online: Banjir - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger Posted: 22 Jan 2014 01:31 PM PST Pada cuti hujung minggu yang panjang sempena cuti Thaipusam, saya mengajak hubby jalan jalan ke Temerloh. Perjalanan balik hari adalah untuk tujuan makan tengahari berlaukkan Ikan Patin di Temerloh. Semua anak anak tak mahu ikut, cuma Aween sahaja. Saya memang dah lama teringat nak makan ikan patin Temerloh yang sangat femes. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah. Saya mencari kedai papan bersebelah stesyen minyak BHP Paya Pulai seperti yang disarankan oleh kawan facebook Mazilah Siron. Dikatakan makanan di sini sedap dan Sultan Pahang juga pernah singgah makan di kedai ini. Ketika sampai, dah banyak lauk pauk yang habis termasuklah ayam goreng yang diminta oleh Aween. Kami memesan selain Masak Tempoyak Patin juga ulam yang dicicah sambal tempoyak, taugeh kepala besar goreng, sotong dan ikan goreng. Saya tanya harga siap siap sebelum memesan setelah membaca pengalaman orang yang terpaksa membayar beratus ratus untuk hidangan makan tengahari. Best betul lah tempoyak ini walaupun ianya menggunakan cili padi tapi selamba jer saya makan. Walaupun pedas menyengit tapi sangat sedap. Ada juga saya jumpa isi ikan di dalam sambal tu. Tempoyaknya memang tempoyak baru kerana masih terasa kemanisannya. Siapalah boleh kongsikan resepi menyediakan sambal ini ya. Saya boleh mengagak bahan bahan yang digunakan seperti cili padi, garam dan isi ikan jer kot. Selepas itu, kami pusing pusing bandar sambil mencari Ikan Patin hidup untuk dibawa balik di Jalan Triang. Singgah jap beli buah nangka madu yang memang kegemaran saya untuk dimakan di dalam perjalanan. Semasa di sini, ternampaklah gerai Pak Usop yang juga sangat femes dengan masakan Ikan Patin yang sedap. Di gerai menjual ikan patin hidup, hubby memilih 2 ekor ikan patin yang terus dipotong dan dibersihkan. Aduhaai, hidup hidup dipotong. Memang tak ada ikan patin liar, cuma ada ikan patin sangkar yang dibela di tepi sungai. Nampak sangat berbeza ikan patin sangkar dengan ikan patin buah di rumah kami. Mengikut kata mak cik di kedai makan S.Z Rahmah, ikan patin liar ori bermata sangat kecik dan memang susah untuk ditemui. Harga sekilo boleh mencecah RM100. Dalam perjalanan balik, singgah makan durian Musang King di tepi lebuhraya. Aween dengan hubby tak mahu makan. Jadi saya makan sebiji sorang sorang. Sedap dan sangat berlemak. Sebiji ada 6 ulas sahaja. Berbaloi hubby membayar RM20. Terima kasih tidak terhingga pada hubby sanggup berbuat apa sahaja untuk mengembirakan saya. |
Saji.my Tempat <b>Makan</b> Sedap, Best, Menarik - khairulzamri Posted: 21 Jan 2014 08:16 AM PST Saji.my merupakan sebuah laman yang menyediakan sumber serta info mengenai tempat makan menarik di seluruh Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia sangat kaya dengan pelbagai jenis bentuk, rupa dan rasa makanan di seluruh Malaysia. Situasi ini sememangnya menarik tambah-tambah lagi kita hidup dengan pelbagai jenis kaum di Malaysia dan secara automatiknya kewujudan pelbagai jenis makanan dari setiap kaum-kaum sendiri sehingga pelbagai inovasi berlaku wujud makanan yang naturalnya untuk semua bangsa dan siapa sahaja. Saji.my – Tempat Makan Sedap, Best, MenarikDalam pemilihan tempat makan yang menarik setiap orang mempunyai persepsi berbeza mengikut rasa anak tekak tersendiri namun asasnya adalah tetap sama. Kebanyakkan orang memilih tempat makan yang sedap dan menyelerakan ini memberikan kepuasan dalam membeli dan pemakanan. Sesetengah yang lain juga menekan nilai aspek kualiti dan sistem servis yang disediakan dalam pemilihan tempat makan tersebut. Namun tempat makan yang terbaik yang memiliki semua pakej yang lengkap iaitu baik dari segi servis, makanan yang sedap serta suasana tempat makan yang menarik serta menyenangkan hati pengunjung serta pelanggan. Justeru itu laman Saji.My ini menyediakan info-info mengenai tempat makan yang sesuai, sedap serta menarik untuk dikunjungi sama ada untuk makan pagi, tengah hari serta makan malam. Antara info menarik di laman Saji.my ini ialah mengenai:
Serta beberapa lagi perkongsian menarik, tambahan juga di laman ini juga anda boleh menambah peta tempat atau destinasi makana yang sedap, best dan menarik. Tempat Makan Menarik di JBAntara tempat makan yang menarik pilihan saya adalah tempat makan menarik di JB iaitu kerana mempunyai port atau tempat terbaik untuk makan Asam Pedam Mak Pon di Parit Jawa. Walaupun saya belum sempat singgah ke sana lagi sedangkan sudah pergi ke Johor Bahru, rata-rata sahabat saya dari Johor juga sendiri akui asam pedas disini sememangnya sedap dan saya juga salah seorang peminat masakan asam pedas. Begitu juga dengan Nasi Arab disana kerana di JB nasi arab paling mudah untuk didapatkan di bulan puasa kerana kebanyakan peniaga di bazar ramai yang menjualnya. |
Blog <b>Makanan Pahang</b>: Sajian pembuka selera | Berita Malaysia <b>...</b> Posted: 17 Jan 2014 03:40 AM PST Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meng�isytiharkan sambal belimbing hitam sebagai Sambal Pahang sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2013 yang berlangsung di Kuantan, baru-baru ini. Baginda berkata, sambal itu menjadi makanan pembuka selera yang cukup �terkenal di Pahang barat dan mudah ditemui di �sekitar �Jerantut, Kuala Lipis
"Sejak sekian lama sambal hitam belimbing buluh ini diwarisi secara turun temurun tetapi belum ada inisiatif untuk mengkomersialkannya kecuali pengusaha sendiri berbuat demikian," kata�nya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata sambal itu dipilih untuk dikomersialkan kerana makanan tradisi berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat. "Daripada terbuang begitu saja di halaman rumah, apa salahnya mengeluarkan produk berasaskan belimbing buluh dan menjadikannya hidangan tradisional, sekali gus memperkenalkan kepada pelancong luar negara yang berkunjung ke Pahang," katanya. Menurutnya, satu kerugian besar jika makanan tradisional pembuka selera itu tidak diperkenalkan kepada tetamu kerana ia produk istimewa orang Pahang sejak berzaman lamanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08 |
You are subscribed to email updates from Makanan di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment