Friday, 17 January 2014

Sajian pembuka selera | Berita Malaysia - Blog Makanan di Pahang

Sajian pembuka selera | Berita Malaysia - Blog Makanan di Pahang


Sajian pembuka selera | Berita Malaysia

Posted: 07 Jan 2014 08:01 PM PST

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meng�isytiharkan sambal belimbing hitam sebagai Sambal Pahang sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2013 yang berlangsung di Kuantan, baru-baru ini.

Baginda berkata, sambal itu menjadi makanan pembuka selera yang cukup �terkenal di Pahang barat dan mudah ditemui di �sekitar �Jerantut, Kuala Lipis
dan Raub.


"Saya cukup berbangga dapat mengetengahkan makanan orang lama �seperti sambal hitam dan berharap Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (FAMA) berusaha memperkenalkannya sebagai produk makanan tradisional terbaru di negeri ini.

"Sejak sekian lama sambal hitam belimbing buluh ini diwarisi secara turun temurun tetapi belum ada inisiatif untuk mengkomersialkannya kecuali pengusaha sendiri berbuat demikian," kata�nya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata sambal itu dipilih untuk dikomersialkan kerana makanan tradisi berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat.

"Daripada terbuang begitu saja di halaman rumah, apa salahnya mengeluarkan produk berasaskan belimbing buluh dan menjadikannya hidangan tradisional, sekali gus memperkenalkan kepada pelancong luar negara yang berkunjung ke Pahang," katanya.

Menurutnya, satu kerugian besar jika makanan tradisional pembuka selera itu tidak diperkenalkan kepada tetamu kerana ia produk istimewa orang Pahang sejak berzaman lamanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08

No comments:

Post a Comment