Blog <b>Makanan Pahang</b>: Sri Mersing: <b>Makanan Pelik</b> Orang Cina <b>di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Pahang |
- Blog <b>Makanan Pahang</b>: Sri Mersing: <b>Makanan Pelik</b> Orang Cina <b>di</b> <b>...</b>
- Penyokong <b>Pahang</b> mohon perbesar Stadium Darul Makmur
- hasil kajian : perempuan bujang lebih meminati <b>...</b> - Aku Anak <b>Pahang</b>
- Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b> - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger
- Live Streaming Piala Sumbangsih <b>Pahang</b> vs Lions XII | 17 Januari <b>...</b>
- K'jaan Arah Harga <b>Makanan Di</b> Kantin Sekolah <b>...</b> - MyNewsHub.My
Blog <b>Makanan Pahang</b>: Sri Mersing: <b>Makanan Pelik</b> Orang Cina <b>di</b> <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 11:36 AM PST Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi. Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia. Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks. Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan. Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga. Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital. Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya. Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka. Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua badan, empat tangan, dan enam kaki. Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak. Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun. Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub Pssttt...... |
Penyokong <b>Pahang</b> mohon perbesar Stadium Darul Makmur Posted: 17 Jan 2014 11:03 PM PST
KUANTAN: Mungkin sudah tiba masanya usaha memperbesarkan Stadium Darul Makmur dapat difikirkan bagi membolehkan lebih ramai penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu yang kini hanya mempunyai kapasiti 30,000 penonton. Cadangan itu yang disuarakan kalangan penyokong Pahang selepas menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Pahang dengan Lions XII di sini, malam tadi, turut berharap stadium baharu dibina sekiranya pembesaran tidak dapat dilakukan. Mohammad Faiz Hassim yang mewakili beberapa penyokong berkata langkah itu wajar diambil kerana setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung di stadium, ramai penyokong yang hampa kerana tempat yang terhad. "Untuk itu, harapan kami sebagai penyokong Pahang meminta kepimpinan kerajaan pusat supaya kalau boleh diperbesarkan stadium sedia ada yang telah menjangkau usia melebihi 40 tahun dan hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja," katanya kepada pemberita di sini. Seorang lagi penyokong Ashari Jamaluddin berkata, keperluan untuk menambah kapasiti muatan stadium berkenaan perlu dibuat berdasarkan kehadiran penyokong yang begitu ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Perkara itu turut disokong Pengurus Pasukan Bola Sepak Pahang Datuk Che Nasir Salleh yang berharap kerajaan pusat mempertimbangkan untuk membina stadium baharu. "Stadium sedia ada dah lama dan kapasiti sudah tidak dapat menampung jumlah penyokong yang besar...(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kalau boleh dapat meluluskan pembinaan satu stadium yang baharu," katanya. Katanya, dengan penampilan skuad Tok Gajah yang baik, dijangka akan terus menarik lebih ramai penyokong untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur. Sebagai contoh katanya, tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih semalam telah habis dijual dalam masa tiga jam dan ramai penyokong yang kecewa disebabkan tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium. - Bernama |
hasil kajian : perempuan bujang lebih meminati <b>...</b> - Aku Anak <b>Pahang</b> Posted: 17 Jan 2014 06:05 PM PST Anda lelaki yang gemarkan gajet? Itu berita baik kerana kajian terbaru dijalankan sebuah laman web hal ehwal perkahwinan India mendapati, wanita di negara itu lebih tertarik dengan lelaki yang menyukai teknologi maklumat (IT) dan aktif di laman sosial. Bagaimanapun, perlu diingatkan, jangan muat naik gambar makanan, jangan menonton TV atau leka melihat telefon ketika bersama teman wanita kerana itu perkara yang paling menyakitkan hati mereka. Seramai 36.5 peratus berkata, mereka tidak suka lelaki yang taksub dengan mengambil gambar makanan untuk dimuat naik di Facebook, Twitter dan Instagram. Sementara itu, kira-kira 34.2 peratus responden marah dengan lelaki yang merenung skrin TV ketika bercakap dan 29.3 peratus daripada mereka tidak kagum dengan orang yang sentiasa melihat telefon semasa perbualan. Menariknya, wanita dilihat lebih tertarik dengan lelaki yang gilakan teknologi. Sebanyak 48.4 peratus daripada responden berkata, suka melihat gajet, terutama telefon dan aksesori telefon mereka, 27.1 peratus memerhati jam tangan dan baki responden memerhatikan kasut lelaki. Sebanyak 28.3 peratus responden pula mengakui, Twitter dan Facebook adalah medium penting untuk menganalisa keperibadian sosial, tingkah laku dan psikologi lelaki diminati. Mengulas mengenai hasil kajian, Ketua Pegawai Operasi Shaadi.com, Gourav Rakshit, berkata maklumat itu menandakan wanita India kini sudah tidak mengikut batas lazim dalam memilih suami seperti dilalui wanita India sebelum ini. "Sebelum ini, penekanan dalam mencari jodoh untuk perempuan adalah seorang lelaki yang stabil kedudukannya. "Bagaimanapun, hari ini, ramai orang menekankan soal keserasian. Dapatan kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan berterusan yang dikendalikan Shaadi.com dalam percubaan mengukur cita rasa masyarakat, khususnya ahlinya sendiri," katanya dalam kenyataan akhbar. Tinjauan sama mendapati, sebanyak 45.6 peratus wanita suka lelaki yang aktif di Twitter kerana mereka dilihat sebagai berpengetahuan dan bermaklumat, manakala 26.1 peratus berkata, mereka lebih suka lelaki yang aktif di Facebook kerana mereka dilihat sebagai amanah dan boleh dipercayai. Sumber Cari.com AAP - Zaman dan dunia IT kini, pasti jika kita tidak pandai menggunakan teknologi IT sememang menjadi satu masalah. Pasti pasangan kena celik IT. Sebab semua urusan menggunakan teknologi IT. Contohnya Kalau akaun Facebook tak ada, nak menggunakan mesim tunai ATM pun tak pandai tidak keharuan juga dibuatnya... itu belum lagi disentuh perkara-perkara lainnya. Moralnya kita semua kena celik it. |
Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b> - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger Posted: 16 Jan 2014 03:44 AM PST Pastinya di setiap Negeri ada makanan tradisinya. Kalau di Pahang ini pasti ada makanan tradisinya yang tersendiri. Namun mungkin makanan yang tertera dibawah ini lebih popular disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Walaupun mungkin terdapat juga didaerah lainnya. Pastinya menu masakan tradisi ini sememang amat sedap bagi pengemarnya. Gulai Masam / Tempoyak ikan patin / Sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang. Gulai asam rom ikan kenerak atau sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang Sambal Rom Getah / Rom Buah Perah + Pucuk Betik Sambal Hitam / Sambal Belimbing Rebus Sambal Tempoyak Masak Petai Sambal Colek Durian + Petai, Jering dll Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Sisir Gulai Lemak Siput Sedut Sungai Gulai Keladi Kemahang Pais Ikan Tempoyak Ikan Patin/ Talapia dan lain-lain. Sambal Tempoyak Jering Semai Gulai Lemak Pede @ Budu AAP - Bolehlah dikatakan makanan diatas adalah makanan tradisi orang Pahang yang amat popular. Kalau tak makan, mungkin bukan orang Pahang sejatilah agaknya :) Kalau berjumpa masakan di atas tu mau bertambah makan nasinya :) ** Semua menu masakan di atas ada kegemaran penulis akuanakpahang :) |
Live Streaming Piala Sumbangsih <b>Pahang</b> vs Lions XII | 17 Januari <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 11:00 PM PST PAHANG KENA TUNTUT BELA Keputusan akhir : Pahang 1-0 Lions XII Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal membuka tirai minggu ini. Bagi menghangatkan saingan musim baru, kita akan disajikan dengan perlawanan Sumbangsih 2014 untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Presiden FAM yang kita cintai. Negeri kelahiran Tuan Presiden dan kebanggaan Datuk Siti Nurhaliza, Pahang Darul Makmur yang menjadi Juara Piala Malaysia 2013 akan menentang Juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII dari Singapura. Skuad Lions XII yang mendapat latihan di Liga Malaysia inilah juga yang menewaskan pasukan Harimau Muda kita di Sukan SEA 2013 yang lalu. Lebih menyedihkan apabila kita terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 dan pulang tangan kosong. Bagi mengubat duka itu, Pahang perlu menuntut bela atas kekalahan tersebut. Sebenarnya aku pun baru perasan yang Piala Sumbangsih ni bersekali dalam kalendar Liga Super Malaysia. Maksudnya pasukan yang menang dalam 90 minit akan dapat 3 mata. Kalau seri mereka akan bermain penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.
Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2014 Pahang vs Lions XII Stadium Darul Makmur, Kuantan 8.45 pm di Astro Arena & TV1 Link Live Streaming | Link 1 | Link 2 | Link 3 Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq Entri berkaitan : astro arena , bola sepak , FAM , live streaming , pahang , piala sumbangsih , rekod , siaran langsung , singapura , sukan , tempatan , tv1 |
K'jaan Arah Harga <b>Makanan Di</b> Kantin Sekolah <b>...</b> - MyNewsHub.My Posted: 16 Jan 2014 12:34 AM PST PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga. Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah. Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan. Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya. "Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya…tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini. Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan. Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya. Beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, peka dan prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat, ia sentiasa memantau harga barangan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah itu. – BERNAMA K'jaan Arah Harga Makanan Di Kantin Sekolah Dipantauhttp://mynewshub.my/2014/01/16/kjaan-arah-harga-makanan-di-kantin-dipantau/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Seri-Idris-Jusoh.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Datuk-Seri-Idris-Jusoh-150x150.jpg16 January 2014 Terkiniharga barang,Kerajaan,SekolahPUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga. Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan... PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada meminta pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar supaya sentiasa memantau harga makanan dan minuman di kantin bagi memastikan tiada kenaikan harga. Beliau berkata hasil beberapa lawatan mengejut, pemantauan berterusan serta makluman balas lain, pihaknya mendapati tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah. Namun, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kantin yang menaikkan harga makanan tetapi setelah ditegur guru besar atau pengetua sekolah berkenaan, pengusaha kantin menurunkan kembali harga makanan. Katanya kerajaan akur dengan kenaikan harga beberapa barangan ketika ini tetapi pengusaha kantin tidak sepatutnya menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya. "Hari ini, dalam lawatan mengejut saya ke kantin sekolah ini, kami dapati harga makanan di kantin ini kekal seperti sebelumnya...tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 di sini. Idris berkata lawatan itu sebahagian daripada program turun padang selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua menteri kabinet memantau isu-isu berkaitan kenaikan harga barangan. Program itu dapat memberi input penting kepada pihak kementerian dalam merancangkan pelbagai usaha untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi isu kenaikan harga barangan, katanya. Beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, peka dan prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat, ia sentiasa memantau harga barangan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah itu. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment