Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b> - Blog Makanan di Pahang |
- Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b>
- <b>MAKANAN TRADISI PAHANG</b> | AKU ANAK <b>PAHANG</b>
- <b>makanan tradisional</b> negeri <b>pahang</b> - <b>makanan</b> istimewa negeri <b>...</b>
Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b> Posted: 04 Jan 2014 07:09 PM PST Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN KUANTAN 4 Jan. - Lebih 1,000 anggota tentera dari 4 Briged Mekanize akan dikekalkan di semua lokasi banjir termasuk di kawasan pedalaman bagi menghadapi gelombang kedua banjir sehingga dimaklumkan bencana itu berakhir. Panglima 4 Briged Mekanize, Brigedier Jeneral Ahmad Tajuddin Abd. Ghani berkata, anggota terbabit akan terus ditempatkan di Kuantan, Rompin, Temerloh dan Jerantut sehingga bencana alam itu berakhir seperti yang diramalkan pada minggu ini. Menurutnya, bagaimanapun jumlah penempatan itu bergantung kepada jumlah penduduk dan keadaan semasa di lokasi terbabit. "Kekuatan anggota tambahan juga sudah bersedia di pangkalan Kem Batu 10 di sini bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir dalam minggu ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir daripada Komuniti Masyarakat Aceh kepada mangsa banjir Pahang dan Terengganu di Kompleks Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini semalam. Yang turut hadir Pengarah JKM Pahang, Datuk Shamsiah Husin dan Ketua Staf Tadbir dan Logistik 4 Briged Mekanize, Leftenan Kolonel Jamaluddin Alias. Menurut beliau, dalam menghadapi gelombang kedua kali ini pihaknya sudah bersedia selain menambah baik logistik dan anggota bagi menghadapi bencana itu. Katanya, pengagihan bantuan juga lebih menyeluruh selepas penstrukturan semula membabitkan agensi bertanggungjawab mengelolakan mangsa banjir. Dalam pada itu, Ahmad Tajuddin berkata, sebanyak 17,000 hingga 19,000 mangsa banjir akan menerima bantuan berupa barangan makanan dan kotak kecemasan sumbangan komuniti itu. Menurutnya, sebanyak 70 peratus bantuan diserahkan kepada mangsa di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan selebihnya ke Kemaman, Kuala Terengganu. |
<b>MAKANAN TRADISI PAHANG</b> | AKU ANAK <b>PAHANG</b> Posted: 06 Nov 2012 04:45 PM PST Pastinya di setiap Negeri ada makanan tradisinya. Kalau di Pahang ini pasti ada makanan tradisinya yang tersendiri. Namun mungkin makanan yang tertera dibawah ini lebih popular disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Walaupun mungkin terdapat juga didaerah lainnya. Pastinya menu masakan tradisi ini sememang amat sedap bagi pengemarnya. Gulai Masam / Tempoyak ikan patin / Sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang. Gulai asam rom ikan kenerak atau sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang Sambal Rom Getah / Rom Buah Perah + Pucuk Betik Sambal Hitam / Sambal Belimbing Rebus Sambal Tempoyak Masak Petai Sambal Colek Durian + Petai, Jering dll Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Sisir Gulai Lemak Siput Sedut Sungai Gulai Keladi Kemahang Pais Ikan Tempoyak Ikan Patin/ Talapia dan lain-lain. Sambal Tempoyak Jering Semai Gulai Lemak Pede @ Budu AAP - Bolehlah dikatakan makanan diatas adalah makanan tradisi orang Pahang yang amat popular. Kalau tak makan, mungkin bukan orang Pahang sejatilah agaknya :) Kalau berjumpa masakan di atas tu mau bertambah makan nasinya :) ** Semua menu masakan di atas ada kegemaran penulis akuanakpahang :) |
<b>makanan tradisional</b> negeri <b>pahang</b> - <b>makanan</b> istimewa negeri <b>...</b> Posted: 26 Feb 2013 09:45 AM PST Gulai asam rom atau rong ni kurang dikenali tapi ramai yang tahu namanya, makanan orang negeri Pahang, terutama popular di sebelah Jerantut. Kalau masak lemak cili api yang terkenal di Negeri Sembilan tu orang kata pedas tapi gulai asam rom ni lagi pedas begitu la sifat-sifat Gulai Asam Rom. Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijemur sehingga kering dan di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Ia dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti pucuk paku, keledek, buah jambal, daun jambal, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya. Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Tembeling. Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sana, malahan kini ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Tahan. Puding Raja sememangnya terkenal di negeri Pahang. Untuk menyediakan kuah puding ukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Cara menghidang pula, perlu aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk dan taburkan jala emas. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan. Posted by : Tan Chiew Sia |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment