Monday, 20 January 2014

Jengka 19: Utusan Online - Pahang - Blog Makanan Pahang - Blogger - Blog Makanan di Pahang

Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b> - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger - Blog Makanan di Pahang


Jengka 19: Utusan Online - <b>Pahang</b> - Blog <b>Makanan Pahang</b> - Blogger

Posted: 16 Jan 2014 03:44 AM PST

Pastinya di setiap Negeri ada makanan tradisinya. Kalau di Pahang ini pasti ada makanan tradisinya yang tersendiri.  Namun mungkin makanan yang tertera dibawah ini lebih popular disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Walaupun mungkin terdapat juga didaerah lainnya. Pastinya menu masakan tradisi ini sememang amat sedap bagi pengemarnya.

Gulai Masam / Tempoyak ikan patin / Sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang.

Gulai asam rom ikan kenerak atau sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang

Sambal Rom Getah / Rom Buah Perah + Pucuk Betik

Sambal Hitam / Sambal Belimbing Rebus

Sambal Tempoyak Masak Petai

Sambal Colek Durian + Petai, Jering dll

Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Sisir

Gulai Lemak Siput Sedut Sungai 

Gulai Keladi Kemahang 

Pais Ikan Tempoyak Ikan Patin/ Talapia dan lain-lain.

Sambal Tempoyak Jering Semai

Gulai Lemak Pede @ Budu


AAP - Bolehlah dikatakan makanan diatas adalah makanan tradisi orang Pahang yang amat popular. Kalau tak makan, mungkin bukan orang Pahang sejatilah agaknya :) Kalau berjumpa masakan di atas tu mau bertambah makan nasinya :) ** Semua menu masakan di atas ada kegemaran penulis akuanakpahang :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Blog <b>Makanan Pahang</b>: Sri Mersing: <b>Makanan</b> Pelik Orang Cina <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 11:36 AM PST


Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi.

Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia.


Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks.

Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan.

Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga.


Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital.

Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya.


Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka.

Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua badan, empat tangan, dan enam kaki. Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak.


Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun.

Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub

Pssttt......
Kaum cina di China memang kejam dan zalim, di Malaysia macam mana pulak?

Blog <b>Makanan Pahang</b>: Bekalan Kurang Berikutan Musim Hujan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 11:38 AM PST

KUALA LUMPUR – Setiap hujung tahun dan awal tahun, harga barang basah akan naik berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan bekalan bahan-bahan itu berkurangan.

Sehubungan itu desas-desus mengaitkan kenaikan harga barang keperluan harian, terutama barang basah sejak akhir-akhir ini disebabkan rasionalisasi subsidi sebagai faktor utama kenaikan harga bahan mentah didapati kurang tepat.

Sebaliknya, faktor cuaca dan bekalan turut mempengaruhi harga barang itu memandangkan pada musim berkenaan nelayan tidak dapat keluar ke laut, manakala bagi petani, banyak sayuran mereka rosak berikutan hujan lebat dan banjir.

"Selalunya begitulah, sebab musim hujan kan, macam sawi dan kangkung, dua minggu lepas, harga sekilogram RM7, semua kedai sini pun jual lebih kurang sama harga. Hari ini, cuma RM1.50 sekilo bagi kedua-dua jenis sayur itu," kata peniaga sayur di Pasar Borong Selayang, Milhan Mohd Yussoff, 21.

Peniaga ikan di pasar itu, Oi Chee Yong, 35, pula berkata bekalan ikan yang diperoleh daripada pembekal tempatan menunjukkan kemerosotan sejak Disember lalu.

"Sekarang harga ikan terpaksa naik RM2 sekilogram sebab kami beli mahal, jadi macam mana nak jual murah. Udang laut pun kami jual RM42 untuk sekilogram berbanding dulu RM39," katanya.

"Kami jual mahal pun susah juga, tak ada orang nak beli. Mereka hanya tanya harga. Pembeli pandai…Jika mahal, mereka tak beli dan cari alternatif lain," katanya.
Perkara itu dipersetujui peniaga ikan, Tee Moi, 60, yang mengakui harga ikan termasuk ikan yang sering 'menjadi pilihan' pada Tahun Baharu Cina seperti kerapu, senangin dan bawal putih mengalami kenaikan harga RM2 sekilogram.

"Hari ini saya jual ikan senangin pada harga RM26 sekilogram, berbanding RM24 sebelum musim hujan. Udang laut pula saya dah tak ambil bekalan sebab nak jual RM40 siapa mahu beli?," katanya.

Ini dapat dilihat dengan harga tomato sebagai contohnya, pada dua bulan lepas hanya RM1.80 sekilo, tetapi hari ini harganya di pasar basah mencapai RM4.60 sekilo.

Peniaga sayur di Pasar Sentul di sini, G. Sivalingam, 47, berkata harga sayur meningkat terutama tomato naik lebih dua kali ganda berbanding November lalu.

"Itu pun susah nak dapat untung. Berniaga sayur, kami tak boleh simpan stok lama. Paling lama tiga hari dan selepas itu mahu atau tidak kami kena jual pukal, daripada busuk dan terpaksa buang," katanya.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak menafikan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan seperti kenaikan harga petrol turut mempengaruhi harga barang basah, seperti Ramlah Majid, 56, yang menganggap kenaikan harga petrol merupakan penyebab utama kenaikan kebanyakan harga barang basah.

"Dah naik petrol, semestinya naik kos operasi. Pembekal dan peniaga tak boleh disalahkan dalam hal ini, sebab mereka pun perlu tanggung kos," kata usahawan itu yang ditemui membeli barang basah di Pasar Borong Selayang.

Turut mempunyai tanggapan sama, peniaga nasi lemak, Norseha Didok, 43, yang berharap agar sebarang kenaikan harga barang asas yang boleh menyumbang ke atas kos operasi peniaga dikaji dengan teliti oleh kerajaan sebelum dinaikkan.

"Susah sikit, macam saya jual nasi lemak, nak naik harga nanti pembeli pula lari, kalau tak naik, tak ada pula untung," katanya. - BERNAMA

Bekalan Kurang Berikutan Musim Hujanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/makanan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/makanan-150x150.jpg11 January 2014 MyNewsHub Utama,

KUALA LUMPUR - Setiap hujung tahun dan awal tahun, harga barang basah akan naik berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan bekalan bahan-bahan itu berkurangan. Sehubungan itu desas-desus mengaitkan kenaikan harga barang keperluan harian, terutama barang basah sejak akhir-akhir ini disebabkan rasionalisasi subsidi sebagai faktor utama kenaikan harga bahan mentah didapati kurang...

KUALA LUMPUR - Setiap hujung tahun dan awal tahun, harga barang basah akan naik berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan bekalan bahan-bahan itu berkurangan. Sehubungan itu desas-desus mengaitkan kenaikan harga barang keperluan harian, terutama barang basah sejak akhir-akhir ini disebabkan rasionalisasi subsidi sebagai faktor utama kenaikan harga bahan mentah didapati kurang tepat. Sebaliknya, faktor cuaca dan bekalan turut mempengaruhi harga barang itu memandangkan pada musim berkenaan nelayan tidak dapat keluar ke laut, manakala bagi petani, banyak sayuran mereka rosak berikutan hujan lebat dan banjir. "Selalunya begitulah, sebab musim hujan kan, macam sawi dan kangkung, dua minggu lepas, harga sekilogram RM7, semua kedai sini pun jual lebih kurang sama harga. Hari ini, cuma RM1.50 sekilo bagi kedua-dua jenis sayur itu," kata peniaga sayur di Pasar Borong Selayang, Milhan Mohd Yussoff, 21. Peniaga ikan di pasar itu, Oi Chee Yong, 35, pula berkata bekalan ikan yang diperoleh daripada pembekal tempatan menunjukkan kemerosotan sejak Disember lalu. "Sekarang harga ikan terpaksa naik RM2 sekilogram sebab kami beli mahal, jadi macam mana nak jual murah. Udang laut pun kami jual RM42 untuk sekilogram berbanding dulu RM39," katanya. "Kami jual mahal pun susah juga, tak ada orang nak beli. Mereka hanya tanya harga. Pembeli pandai...Jika mahal, mereka tak beli dan cari alternatif lain," katanya. Perkara itu dipersetujui peniaga ikan, Tee Moi, 60, yang mengakui harga ikan termasuk ikan yang sering 'menjadi pilihan' pada Tahun Baharu Cina seperti kerapu, senangin dan bawal putih mengalami kenaikan harga RM2 sekilogram. "Hari ini saya jual ikan senangin pada harga RM26 sekilogram, berbanding RM24 sebelum musim hujan. Udang laut pula saya dah tak ambil bekalan sebab nak jual RM40 siapa mahu beli?," katanya. Ini dapat dilihat dengan harga tomato sebagai contohnya, pada dua bulan lepas hanya RM1.80 sekilo, tetapi hari ini harganya di pasar basah mencapai RM4.60 sekilo. Peniaga sayur di Pasar Sentul di sini, G. Sivalingam, 47, berkata harga sayur meningkat terutama tomato naik lebih dua kali ganda berbanding November lalu. "Itu pun susah nak dapat untung. Berniaga sayur, kami tak boleh simpan stok lama. Paling lama tiga hari dan selepas itu mahu atau tidak kami kena jual pukal, daripada busuk dan terpaksa buang," katanya. Bagaimanapun, ada juga yang tidak menafikan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan seperti kenaikan harga petrol turut mempengaruhi harga barang basah, seperti Ramlah Majid, 56, yang menganggap kenaikan harga petrol merupakan penyebab utama kenaikan kebanyakan harga barang basah. "Dah naik petrol, semestinya naik kos operasi. Pembekal dan peniaga tak boleh disalahkan dalam hal ini, sebab mereka pun perlu tanggung kos," kata usahawan itu yang ditemui membeli barang basah di Pasar Borong Selayang. Turut mempunyai tanggapan sama, peniaga nasi lemak, Norseha Didok, 43, yang berharap agar sebarang kenaikan harga barang asas yang boleh menyumbang ke atas kos operasi peniaga dikaji dengan teliti oleh kerajaan sebelum dinaikkan. "Susah sikit, macam saya jual nasi lemak, nak naik harga nanti pembeli pula lari, kalau tak naik, tak ada pula untung," katanya. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

No comments:

Post a Comment