Thursday, 16 January 2014

CHOW YU HUI menggesa kerajaan Pahang mengadakan ... - DAPSY - Blog Makanan di Pahang

CHOW YU HUI menggesa kerajaan <b>Pahang</b> mengadakan <b>...</b> - DAPSY - Blog Makanan di Pahang


CHOW YU HUI menggesa kerajaan <b>Pahang</b> mengadakan <b>...</b> - DAPSY

Posted: 03 Dec 2013 11:54 PM PST

ADUN BILUT dan DAPSY Kebangsaan Pengarah Hal-Ehwal Varsiti YB CHOW YU HUI menggesa kerajaan Pahang mengadakan persidangan tergempar DUN PAHANG dengan segera untuk membincangkan langkah-langkah berkesan untuk menangani masalah banjir tersebut.

Menurut Chow Yu Hui, ibu negeri Pahang, Kuantan, kini dilanda banjir yang paling serius dalam beberapa tahun belakangan ini. Selain Kuantan, Pekan, Maran, Rompin, dan Jerantut turut mengalami masalah banjir yang serius. Mangsa banjir kini sudah melebihi 10000 orang.

Banyak kawasan di Kuantan kini telah hampir lumpuh dan mengalami teputusnya bekalan elektrik. Tambahan pula, berlaku juga kekurangan bekalan petroleum dan diesel di banyak stesen minyak di sekitar Kuantan. Penduduk Kuantan juga mula berebut-rebut untuk mendapatkan bekalan makanan. Seluruh bandar Kuantan kini berada dalam keadaan yang cemas. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Pahang untuk menangani krisis ini?

Pemanggilan persidangan DUN Pahang tergempar adalah untuk memastikan seluruh jentera kerajaan digerakkan untuk memerangi banjir serta menyelamatkan mangsa-mangsanya. Selain itu, setiap kerajaan tempatan dan wakil rakyat perlu berwaspada dan bersiap sedia pada setiap saat untuk menghadapi kemungkinan tercetusnya banjir kilat pusingan kedua.

"Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam beberapa hari yang akan datang, huian lebat kemungkinan besar akan melanda kawasan yang dilanda banjir kini lagi," kata Chow Yu Hui.

Lantaran itu, pihak kerajaan negeri mesti mengambil langkah yang proaktif untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Dalam hubungan ini, pihak Pakatan Rakyat negeri Pahang bersedia berganding bahu dengan kerajaan negeri untuk memerangi banjir dan menyelamatkan mangsa-mangsanya.

Chow Yu Hui menyatakan bahawa beliau berasa kesal atas dakwaan YAB Menteri Besar Pahang bahawa bekalan makanan di pusat pemindahan mangsa tidak mencukupi adalah kerana setelah menerima kritikan drp Jabatan Audit Negara tahun lalu, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk tidak menyimpan sebarang makanan di pusat pemindahan.

Menurut Chow, dakwaan YAB Menteri Besar Pahang ini sememangnya tidak berasas. Hal ini dikatakan demikian kerana Jabatan Audit Negara hanya memberikan peringatan supaya mengawal kualiti makanan yang disimpan di dalam pusat pemindahan agar tiada makanan yang melebihi tarikh luput penggunaan. Keputusan kerajaan negeri tidak menyimpan makanan di dalam pusat pemindahan merupakan perbuatan yang amat tidak wajar dan menyukarkan mangsa-mangsa yang terlibat.

Menurut Chow Yu Hui, sidang tergempar adalah perlu agar kerajaan negeri dapat mengerah tenaga dan mengagihkan tugas untuk memerangi banjir yang semakin meruncing. Perkara-perkara yang boleh dibincangkan termasuklah mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi, kelengkapan di setiap pusat pemindahan,langkah mencegah wabak penyakit, langkah membantu mangsa-mangsa banjir, dan sebagaianya.

No comments:

Post a Comment