Restoran Dapur Koi Sajikan <b>Makanan</b> Tradisi <b>Pahang</b> | NazlanNasir <b>...</b> - Blog Makanan di Pahang |
- Restoran Dapur Koi Sajikan <b>Makanan</b> Tradisi <b>Pahang</b> | NazlanNasir <b>...</b>
- Bazar Ramadan <b>Di Pahang</b>, Tiada Kes Keracunan <b>Makanan</b>
- Kempen Keselamatan <b>Makanan</b> Peringkat <b>Pahang</b> | UMNO Online
- EEQA LIFE: <b>Makanan</b> yang Pelik dan Menarik <b>di</b> Kuantan, <b>Pahang</b>
Restoran Dapur Koi Sajikan <b>Makanan</b> Tradisi <b>Pahang</b> | NazlanNasir <b>...</b> Posted: 14 Jun 2015 08:27 AM PDT Restoran Dapur Koi Sajikan Makanan Tradisi Pahang | 'Dapur Koi' juga bermakna dapur saya merupakan inspirasi Nor Hazimi dalam menceburi bidang f&b yang menyajikan makanan tradisi negeri Pahang. Bila sebut saja makanan tradisi negeri Pahang, Naz pasti Gulai Ikan Patin Tempoyak terlintas di fikiran anda. Dan sememangnya buat pengemar makanan tradisi negeri Pahang, Dapur Koi adalah tempat yang anda harus tuju. Dapur Koi terletak di Taman Putra Kajang telah dibuka pada 19 April 2015. Diusahakan oleh En. Nor Hazimi bersama isteri serta makciknya yang sudi menjadi 'masterchef' di Dapur Koi. Idea datang apabila Hazimi melihat kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisi negeri Pahang di Lembah Klang, jika ada pun tidak memenuhi citarasanya. Maka setelah memujuk makciknya yang sememangnya anak jati Pahang untuk berhijrah ke Kajang bagi merealisasikan Restoran Dapur Koi ini. Naz telah dijemput pada majlis perasmian Restoran Dapur Koi pada 16 Mei 2015. Pada majlis tersebut, lebih dari 200 jemputan hadir yang terdiri dari kenalan rapat dan rakan media. Selain dari itu, tetamu istimewa seorang pengacara dan selebriti terkenal telah dijemput iaitu Awal Ashaari bagi merasmikan restoran ini. Juga dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kaka Azraff yang popular dengan lagunya "Bukan Hal Aku'. Setelah selesai upacara perasmian tersebut, kami disajikan dengan masakan tradisi negeri Pahang yang sememangnya menjadi highlight malam itu. Pada malam itu juga telah diadakan demonstrasi membuat Puding Raja yang merupakan pencuci mulut yang famous di negeri Pahang. Diselitkan juga dengan acara cabutan 'lucky draw' bagi pengunjung yang hadir. Orang lain duk sibuk dengan cabutan 'lucky draw', Naz pula sibuk meratah hidangan yang ada depan mata…Sedap Pohpalih Yaw! Yang best sekali, apabila Awal Ashaari nak berselfie dengan Naz…siapa yang artis sekarang nie….bukan apa, ada cerita disebalik selfie (biarlah rahsia). Hidangan di Dapur Koi memang sedap, lazat dan harganya juga berpatutan. Jadi buat anak jati negeri Pahang mahupun pengemar masakan negeri Pahang boleh berkunjung ke:- Restoran Dapur Koi 2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, Kajang. Waktu Operasi: 11 pagi hingga 11 malam facebook: https://www.facebook.com/dapurkoi instagram: http://www.instagram.com/dapur_koi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bazar Ramadan <b>Di Pahang</b>, Tiada Kes Keracunan <b>Makanan</b> Posted: 01 Jul 2015 10:56 PM PDT KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesahkan sehingga kini tidak menerima sebarang kes keracunan yang berpunca daripada penjualan makanan di bazar Ramadan seluruh Pahang.
Beliau berkata dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan 2015, Peringkat Negeri Pahang, di Bazar Ramadan Mahkota Square, Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, di sini.
"Di samping itu, sebanyak 14 buah premis pembekal ais dab 100 premis perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga telah diperiksa sekali gus menjalankan lebih kurang 22 sesi taklimat sebelum bermula Ramadan tentang kebersihan dan keselamatan makanan secara berperingkat," katanya. #sumber | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kempen Keselamatan <b>Makanan</b> Peringkat <b>Pahang</b> | UMNO Online Posted: 30 Jun 2015 07:35 AM PDT Kategori Berita Bergambar KUANTAN, 30 Jun — Exco Kesihatan Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman (dua,kiri) dan Pengarah Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar (kiri) melihat ayam goreng jualan penjaja nasi kukus ayam goreng, Nur Muhamad Faizal Ismail,37 (dua,kanan) di Bazar Ramadan Mahkota Square selepas merasmikan pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Pahang hari ini. Kempen itu menggalakkan orang awam mengenal pasti tahap kebersihan makanan melalui deria lihat, hidu dan rasa selain memperkasakan pengusaha gerai Bazar Ramadan supaya sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di sepanjang rantaian penyediaan makanan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
EEQA LIFE: <b>Makanan</b> yang Pelik dan Menarik <b>di</b> Kuantan, <b>Pahang</b> Posted: 29 Nov 2014 08:00 PM PST Assalamualaikum wbt. semua. Rasanya dah hampir seminggu Eeqa balik dari bercuti di Kuantan, Pahang. Actually percutian kali ni Eeqa memang nak keluar dari Kuala Lumpur untuk merehatkan minda dan meluaskan pemandangan supaya lebih banyak idea yang Eeqa bakal peroleh bagi menempuh tahun baru iaitu tahun 2015. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan kan? Kami bertolak ke Kuantan pada hari Sabtu (22 Nov), jam 8 pagi melalui Gombak dan terus masuk ke Highway Karak. Perjalanan agak lengang dan kami sampai tepat pukul 11.30 pagi. Awalkan? Dalam 3 jam sahaja perjalanan.Sesampai sahaja di sana, kami terus buat persiapan untuk kelas produk yang akan berlangsung pada pukul 2 petang. Kami di jamu dengan asam pedas ikan haji dan tempe goreng berserta rendang ayam. Sedap sekali masakan mummy. Alhamdulillah kelas petang itu berlangsung dengan jayanya. Siap ada buat demo Masker ESP dan Vitamin E, Ujian Vitalea, Lecithin dan OmegaGuard. Peserta yang hadir pun sangat berpuas hati. Destinasi 1: Berjaya MegamallMalam tu kami ada event mensurprisekan hubby Mariani di pusat boling Berjaya Megamall. Kami hanya berjaya memberi kek dan menyanyikan lagu Selamat Harijadi. Memang hubby Mariani terkejut sangat.
Destinasi 2: Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, PahangEsok paginya, Eeqa bangun awal semata-mata ingin ke Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Pagi-pagi lagi sudah ada makanan yang pelbagai jenis dan enak-enak belaka. Yang paling best sebab semua makanan yang dijual di sini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Jom kita tengok apa yang ada di Pasar Tani tersebut.
1. Satay Ayam, Daging, Tulang, Perut dll2. Apam Lambung3. Ombre4. Nasi Kerabu dan Nasi Minyak5. Puding Di Raja dan Jala Manis6. Pelbagai Kraf Tangan7. Rojak Mee AyamDestinasi 3: MaBIQ, Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, KuantanTengah hari selepas kelas Magnet Rezeki dan Blog, kami makan di Math'am MaBIQ. Makanan di sini memang super sedap. Sedikit latar belakang MaBIQ. MaBIQ diusahakan oleh Kak Umee Umee Ruzaini selaku Pengetua Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (Mabiq).Mabiq adalah Maahad Tahfiz yang dibuka sejak 2007 bagi memberi perlindungan dan pendidikan kepada anak yatim dan fakir miskin. Bersama suami, Jamaluddin Abdul Jaabar, 46, yang juga Pengerusi Mabiq, Umee Ruziani yang lebih mesra dipanggil Umee itu cekal meneruskan cabaran mendidik 'anak-anaknya' yang berusia antara 13 hingga 17 tahun dalam bidang agama dan akademik. Jamaludddin yang juga bekas kakitangan Yayasan Pahang adalah lulusan Sarjana Agama Ilmu Pendidikan Islam, Universiti Yogyakarta selain turut mempunyai Sijil Perkhidmatan Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia. Sedikit perkongsian mengenai latar belakang pemilik MaBIQ. Lagi mengenai Mabiq BACA SINI. MaBIQ menyediakan makanan yang berunsurkan durian dan tempoyak yang diambil sumber terbaiknya daripada FAMA. Di antara makanan yang menjadi kegilaan ramai di sini ialah Paeh Patin. Cara membuat paeh patin ini adalah dengan membungkus patin bersama-sama tempoyak di dalam daun pisang. Kemudian, bungkusan itu dibakar. Bezanya paeh patin di sini kerana tempoyak yang dihasilkan daripada durian gred A.
|
You are subscribed to email updates from Makanan di Pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment